Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Kita pulang dengan ukhuwwah..

Salam Alaik dan Salam Ceria buat kalian…

Alhamdulillah tamatlah sudah satu lagi program besar Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia seJordan iaitu KARISMA ’09 singkatan daripada Karnival Sukan Mahasiswa 2009 yang mana Mu’tah menjadi tuan rumah. Program ini dulunya di namakan sebagai KARISMA juga singkatan daripada Karnival Sukan, Akademik dan Budaya.Karnival kali pertama dianjurkan di Bandar Irbid tahun lepas. Syabas pada AJK KARISMA pada sesi lepas!!. Sesi ini diubah kerana fokus pada sukan sahaja. Hanya sukan-sukan utama sahaja dipertandingkan. Iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, dan ping pong. 

KARISMA’09 melibatkan antara pelajar-pelajar Malaysia dari empat zon di Jordan ini, iaitu Irbid, Amman, Mafraq dan Mu’tah. Setiap zon ini membawa warna tema yang berbeza, Irbid dengan birunya yang damai, Amman dengan kuningnya, Mafraq serba hijau manakala Mu’tah pula merah menyala.

KARISMA’09…itulah namanya. Kali ini membawa slogan

saya datang kerana ukhuwwah

 

KARISMA'09

Malam Jumaat, jam 10.45 malam…

Bas-bas dan coster yang datang dari Mafraq tiba di perkarangan bayt Cempaka. Kemudian tidak lama beberapa minit, tiba rombongan dari atlet-atlet Irbid. Bayt Cempaka menjadi pusat pendaftaran KARISMA’09. Semua ajk-ajk KARISMA’09 bertungkus-lumus bagi menjalankan tugas masing-masing. Amman tarik diri di akhir-akhir. Tetamu yang datang di agih mengikut senarai nama yang ditetapkan. 

 

Pagi Jumaat 1 Mei 2009…

Bertempat di Solah Riadhi, Jameah Mu’tah..

Ucapan Tuan Presiden MPPMj 0809 saudara Dzul memberikan kata-kata semangat kepada pasukan setiap zon. Beliau menekankan semangat ukhuwwah itu perlu dititikbertakan. Sukan no 2, ukhuwwah no 1. 

KARISMA’09 dirasmikan oleh En. Jamalulail bin Abu Bakar, merupakan ketua penolong pengarah kanan bahagian Hal Ehwal program pelajar KPT Malaysia. Burung merpati dilepaskan sebagai simbol KARISMA’09 bermula.

Sukan bermula mengikut tempat masing-masing.

 

Selepas maghrib…

Bertempat di PUSMA, (Pusat Gerakan Mahasiswa PERMATA) satu slot beramah mesra antara barisan pimpinan MPPMj, BKAN, PZ, wakil atlet setiap  zon dengan pegawai-pegawai Kedutaan, JPN dan en. Jamalulail. Sedikit penerangan dari en. Jamalulail tentang perancangan KPT pada tahun ini bagi menaikkan mutu soft skill pelajar-pelajar Malaysia baik dalam negara mahupun di luar negara. 

 

Pagi Sabtu, 2 Mei 2009…

Acara baki sukan diteruskan..

 

Jam 1.30 petang..

Bertempat di solah Riadhi, Jameah Mu’tah…berlangsungnya Majlis Penutup KARISMA’09.

– Lintas hormat serta perarakan masuk semua kontigen (AJK KARISMA’09, Mafraq, Amman, Irbid, Mu’tah)

– Nyanyian lagu NegaraKu, Salam Malik

– Ucapan aluan dari Tuan Pengarah

– Ucapan aluan dari Presiden Universiti Mu’tah

– Ucapan aluan dari TYT Dato’ Duta Malaysia, Dato’ Abd. Malek bin Abd Aziz

– Upacara simbolik perasmian penutup KARISMA’09

– Persembahan silat 

– Penyampaian hadiah dan cenderamata. Tahniah Irbid kerana menjadi juara keseluruhan walaupun tidak dapat dihebahkan oleh pengerusi majlis. Ia merupakan kesilapan dari pihak kami sendiri. Maaf..

 

Selama 2 hari 2 malam tetamu dari Irbid dan Mafraq berkampung di Mu’tah ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  Sekiranya terdapat cacat cela dari pihak kami, kami mohon maaf segalanya. InsyaAllah kita akan bertemu di lain hari. Salam Hormat dari kami buat kalian..

1 Comment »

Lihat nun di sana kawan-kawan!!

Salam Alaik..

Aku telah dilantik sebagai ketua satu biro pelaksana bagi Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia seJordan pada sesi ini, iaitu biro kebudayaan, kesenian dan sukan. Dan sesi ini juga aku merupakan seorang setiausaha bagi Badan Kebajikan Anak-Anak Perak seJordan. Entah mengapa sesi ini aku mula dipercayai oleh mahasiswa dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. Bukanlah aku seorang yang terhegeh-hegeh pasal jawatan tersebut. Tapi mereka-mereka yang memilih. Aku cuba sedaya upaya bagi memenuhi apa itu tanggungjawab dan amanah.

Oh bukanlah aku di sini mahu mengatakan aku seorang yang hebat. Dan bukan pula aku mahu mengadu atau sebagainya. Maaf eh, jangan salah anggap.

Baiklah….

Untuk pengetahuan anda-anda di sana, aku telah pun memberikan sedikit gambaran tentang dua program mega di bawah Biro Kebudayaan, kesenian dan sukan MPPM sebelum ini. Hmmm program KARISMA atau dalam nama panjangnya pada kali ini ialah Karnival Sukan Mahasiswa insyaAllah akan dilaksanakan pada awal Mei ini. Sebarang perjalanan gerak kerja lancar setakat ni, Alhamdulillah. Program Malaysian Day yang mana program ini lebih kepada kebudayaan dan kesenian terpaksa ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Memang aku amat berminat dalam hal kebudayaan dan kesenian ini, tapi….maaflah, ia mungkin akan dijalankan dan dilaksanakan oleh biro pada sesi akan datang, insyaAllah.

Program Malaysian Day yang aku hasratkan ingin menjadi program perintis bagi menonjolkan kebudayaan dan kesenian Malaysia di bumi Jordan ini tidak dapat dijayakan. Maaf bagi diriku pada pihak-pihak yang berwajib kerana aku sebagai ketua biro tidak dapat laksanakan program ini. Apa-apa pun aku doakan Malaysian Day ini akan dapat diteruskan hasrat hajatnya dan berjaya dilaksanakan dengan hebatnya pada sesi akan datang. Harap sangat ianya dapat dijalankan.

Dengan ini, pada saat ini, aku sebagai pengarah program besar Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia seJordan iaitu Malaysian Day meletakkan jawatan sebagai seorang pengarah. Mungkin aku seorang yang lemah…mungkin. Maaf pada kawan-kawan, dan pihak yang berwajib. Dan semua ahli jawatankuasa Malaysian Day, aku lucutkan jawatan anda semua. Harap ikatan kita akan terus kekal eh. Maaf atas tindakan agrasifku ini.

p/s:- eh adakah aku juga akan letak jawatan sebagai seorang ketua Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPM?!! Hmmm…lihatlah nanti. Maaf..
p/s:- maaf pada kawan-kawan dan semua pihak atas segala tingkahlaku, kata-kata, gurau sendaku yang mungkin agak kurang selesa pada anda semua. Maaf..

2 Comments »

Cabaran Malaysian Day’09

malaysian-day09

Salam dan Selamat sejahtera pada kalian..

Pada tahun ini, kita akan menyaksikan satu program yang julung-julung kali diadakan bagi mempromosika kebudayaan dan kesenian Malaysia yang penuh warna-warni serta unik ini di dunia arab khususnya Jordan. Program besar ini dinamakan Malaysian Day. Anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2008/2009 insyaAllah akan berlangsung pada 20 Mac 2009, hari Sabtu.

Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan merupakan salah satu daripada empat biro pelaksana Majlis Perwakilan Pelajar seJordan pada sesi ini. Di bawah biro ini telah merancang dua program besar iaitu KARISMA dan Malaysian Day. Program KARISMA lebih menumpukan aktiviti sukan sahaja, tetapi Malaysian Day ini pula menumpukan sepenuhnya aktiviti kebudayaan dan kesenian Malaysia.

Dengan bertemakan “Budaya dijulang, Malaysia terbilang”, program ini diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam di kalangan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Jordan melalui beberapa aktiviti yang dijalankan.

 

PERANCANGAN PENGISIAN 

1> Beberapa pertandingan akan dipertandingkan yang melibatkan mahasiswa Malaysia di Jordan ini. Pertandingan tersebut seperti khat, melukis poster warna-warni Malaysia, merekacipta replika atau model. Pertandingan merekacipta replika ini pecah kepada 3 katogori iaitu :-
> merekacipta replika bangunan-bangunan kebanggaan Malaysia contohnya KLCC, Menara KL, jambatan Pulau Pinang dan sebagainya.
> rumah-rumah tradisional yang terdapat di Malaysia contohnya rumah panjang Sarawak, rumah Minangkabau Negeri Sembilan dan sebagainya.
> masjid-masjid di Malaysia, contohnya Masjid Putrajaya, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, dan sebagainya.

2> Pameran oleh setiap Badan Kebajikan Anak Negeri . Di bawah MPPMj terdapat sebanyak 12 Badan Anak Negeri yang akan mempamerkan kebudayaan, seni dan warisan mengikut negeri masing-masing. Mereka akan mempamerkan gambar-gambar, maklumat-maklumat yang berkaitan tentang keadaan sosial, ekonomi negeri masing-masing. Selain itu, mereka mempamerkan makanan tradisional seperti budu di Kelantannya, tempoyak di Peraknya, pakaian tradisional, maklumat-maklumat tentang kawasan-kawasan yang menarik untuk melancong. Maklumat tentang asal usul dan sejarah negeri turut dipamerkan di gerai mereka.

3> Persembahan dari Badan Kebajikan Anak Negeri yang terpilih mengikut budaya dan seni yang menarik, penuh dengan warna-warni. Di dalam kotak fikiran anda akan terpancar Tarian Zapin dari Johor, Dikir Barat dari Kelantan, dan sebagainya.

4> Demo dan pameran alatan muzik tradisional Malaysia.

5> Demo permainan tradisional Malaysia.

6> Pertunjukan silat.

 

RASIONAL MALAYSIAN DAY

1> Merapatkan silaturahim di antara ahli-ahli MPPMj. Di Jordan terdapat empat zon atau wilayah yang terdapatnya mahasiswa-mahasiswi yang belajar di Universiti masing-masing. Lokasi keempat-empat zon ini sangat jauh. Jadi, dengan adanya program besar ini, ia dapatlah mengumpul ahli-ahli MPPMj.

2> Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan ahli MPPMj dengan melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.

3> Program ini sebagai landasan atau medium bagi mempromosikan MPPMj di antarabangsa sejajar dengan visi MPPMj sesi ini.

4> Bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa serta menarik pelancong-pelancong Timur Tengah datang ke Malaysia.

Mudah-mudahan program mega ini pada pendirian saya berlangsung dengan jayanya. Segala kerjasama dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, barisan-barisan pimpinan dari MPPMj, Persatuan Zon, Badan Kebajikan Anak Negeri serta seluruh mahasiswa-mahasiswi dan tidak lupa juga ahli jawatankuasa berganding bahu bagi menjayakan program ini.

Ohye, pada sesiapa ada idea atau cadangan silalah bagi komen dalam blog ni. Anda boleh juga email ke shinja_takeda@yahoo.com atau YM aku di shinja_samurai@yahoo.com. Terima kasih atas sokongan anda semua.

p/s :- Aku dalam kerisauan dan takut.

20 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span