Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Sekali sekala

Masa mula-mula sampai, aku masih ingat lagi kataef. Apa benda tu? Ha korang semua nak tau ye? Bagi orang yang dah tau, khususnya pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ni mesti la tau kan pe benda tu.hi..

Benda ni setahun sekali munculnya, cam lemang la kan kat Malaysia. Tapi kataef ni muncul bila menjelangnya Ramadhan. Kedai-kedai roti mahupun kedai-kedai halawiat (manisan) mula la menjalankan perniagaan mereka menjual kataef. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Setengah kilo 30 qurush je.  Kalau dalam ringgit Malaysia dalam RM1.45 la. (ikut currency pada tarikh hari ni adalah JD1 = RM4.837).

Mula la berpusu-pusu arab beli, tidak kurang juga budak-budak kita beli. Kataef ni bentuknya bulat, di buat daripada tepung. Cam apam balik pun de,tapi lain sikit. Hai cmne ye aku nak terangkan, apa-apa pun aku dah letakkan sekali gambar di bawah ni, so korang leh lihat bagaimana rupa kataef tu. Kataef ni di makan dengan qisytoh, krim putih yang di jual di kedai-kedai arab ni. Di jual dalam kotak mahupun dalam tin. Qisytoh ni di kacau sekali dengan gula mengikut kadar korang sendiri. Untuk lebih menarik lagi rasanya, ianya boleh di kacau sekali dengan sedikit krim cokelet. Pastu kacau bagi betul-betul ianya sebati dan cair krim. Hai cam slot mari memasak pula.ho3..

Ada juga jenis kataef yang di jual seolah-olah bentuk seperti karipap,di goreng, dan di dalamnya ada manisan. Ni je la kueh yang di hidangkan bersama juadah lain ketika berbuka di samping dengan halawiat-halawiat yang semuanya manis-manis.
Ok lah kawan-kawan, moga kita berjumpa lagi di lain rancangan. Selamat Berbuka…
p/s :- Sepanjang Ramadhan ni aku asyik post pasal makanan je kn. Hai teringat la pula kueh-kueh di Malaysia yang beradeka jenis, dengan popianya, keria, apam balik, karipap, tepung pelita, buah melaka, seri muka, samosa, tepung talam, kuih cara, isyh bayak lagi la, dan macam-macam.

11 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span