Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Laluan itu..

22hb April 2009
Bertempat di sebuah sekolah di Amman, Jordan (Madrasah al-Manahij al-A’lami.
Berlangsungnya satu program pameran kebudayaan di sekolah tersebut dengan penglibatan beberapa buah negara seperti Jordan sendiri, Syria, Kuwait, Palestain, Maghribi, Sudan, Iraq, Turki, Malaysia dan Indonesia juga tidak lepas dalam penglibatan pameran kebudayaan tersebut.

Cuma kami sahaja, pihak Jabatan Penuntut Malaysia telah menjemput supaya kami mengadakan dua persembahan. Pertama adalah persembahan nyanyian lagu rakyat Puteri Santubong dan Pantun Budi serta persembahan kedua adalah pertunjukan silat tempur.

Alhamdulillah reaksi dari pengunjung warga arab amat baik sekali. Ini merupakan langkah pertama bagi Kelab Silat Mahasiswa Malaysia Jordan sebenarnya, kerana mereka mula bertapak semula di bumi Jordan yang mana sekian lama dahulu terkubur begitu sahaja. InsyaAllah selepas ini ia menjadi satu cara untuk kita memperkenalkan warisan Malaysia di Jordan khususnya dan dunia arab amnya. Gerak seni Khairul Anuar dan kawan-kawannya yang bertempur tanpa senjata serta menggunakan senjata telah menarik minat warga arab yang hadir menyaksikan pertunjukan silat tersebut.

Nyanyian lagu rakyat bawaan dari Tarmizi dan Khairul Openg tidak kurang hebatnya serta mainan muzik tradisional oleh kawan-kawan. Mereka merupakan kumpulan nasyid Sarawak yang mempunyai suara yang hebat. Pernah mereka mendapat pujian dari (Rais Jameah) Ketua Universiti Mu’tah sewaktu mereka membuat persembahan nasyid pada program KOMIS yang lepas.

 

24hb April 2009
Bertempat di Bangunan Jabatan Penutut Malaysia Jordan. Satu persidangan Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jordan (KUJ) kali ke-4 berlangsung dengan jayanya. Persidangan ini sudah lama lama tidak di adakan sebelum ini kerana peralihan kuasa terus untuk kerusi pengerusi oleh Saudara Muhaimin dari Saudara Helmi Abdullah.

Entah mengapa aku telah dicalonkan bagi kerusi pengerusi Kelab UMNO Jordan (KUJ) pada sesi ini. Entah mengapa juga aku telah menjadi pengerusi KUJ setelah menang 21 undian bagi kerusi pengerusi. Maaf kepada kawan-kawan yang kurang mendapat undian yang banyak, selepas ini kita dapat meneruskan misi kelab dan belajar bersama-sama. Usah kita bermasam muka. Kita terus kawan. Syabas pada kawan-kawan yang menang undian dan terpilih menjadi Ahli Anggota Tertinggi KUJ pada sesi ini. Harap kita dapat meneruskan agenda kelab dengan jayanya.

Sebelah malamnya pula sebuah majlis Annual Dinner yang dihadiri oleh Dato’ Duta dan Datin, pengawai-pengawai Kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan serta ahli-ahli KUJ. Majlis ini bertujuan bagi mengenalkan barisan pimpinan KUJ yang baru dengan pihak Kedutaan, Jabatan Penuntun Malaysia Jordan dan ahli-ahli KUJ. InsyaAllah aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk kelab. Sokongan padu dan kerjasama dari kalian amat di perlukan.

 

25hb April 2009
Sekali lagi aktiviti kebudayaan di jalankan di Muzium Kanak-Kanak (Mathaf al-Atfal), Amman, Jordan. Penyertaan dari lima buah negara ASEAN, seperti Brunei, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina memperagakan tarian kebudayaan negara masing-masing. Lima buah gerai di buka bagi mempamerkan negara masing-masing. Dari pihak Malaysia, kami membuat pertunjukan tarian zapin asas dan pertunjukan silat. Kalian boleh lihat di sini dan di sini.

Pengunjung yang datang amat menggalakkan. Arab-arab yang hadir sangat berminat dengan kebudayaan yang jauh berbeza dengan budaya mereka (ooh mungkin hanya warga arab di Amman sahaja, jauh kurang berminat dengan di Mu’tah rasanya.huhuhuhu….)

Aku  berimaginasi sebentar, 

begini agaknya suasana Malaysian Day sekiranya jadi

 

Aku berharap, aktiviti kebudayaan sedemikian yang mempamerkan seni, budaya dan warisan Malaysia dapat diluaskan lagi di dunia arab ini. Ia bukan sahaja dapat memperkenalkan negara Malaysia kepada negara arab, walhal dapat memberikan keutuhan warisan negara pada diri anak-anak Malaysia yang belajar di sini. Usah lupa dengan warisan negara. Ingat sejarah, hidup kita anak Malaysia.

Indah bukan Malaysia itu…

Warna-warni..penuh dengan budaya, adat, seni dan warisannya.

p/s:-gambar lain boleh lihat di sini.

4 Comments »

Cabaran Malaysian Day’09

malaysian-day09

Salam dan Selamat sejahtera pada kalian..

Pada tahun ini, kita akan menyaksikan satu program yang julung-julung kali diadakan bagi mempromosika kebudayaan dan kesenian Malaysia yang penuh warna-warni serta unik ini di dunia arab khususnya Jordan. Program besar ini dinamakan Malaysian Day. Anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2008/2009 insyaAllah akan berlangsung pada 20 Mac 2009, hari Sabtu.

Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan merupakan salah satu daripada empat biro pelaksana Majlis Perwakilan Pelajar seJordan pada sesi ini. Di bawah biro ini telah merancang dua program besar iaitu KARISMA dan Malaysian Day. Program KARISMA lebih menumpukan aktiviti sukan sahaja, tetapi Malaysian Day ini pula menumpukan sepenuhnya aktiviti kebudayaan dan kesenian Malaysia.

Dengan bertemakan “Budaya dijulang, Malaysia terbilang”, program ini diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam di kalangan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Jordan melalui beberapa aktiviti yang dijalankan.

 

PERANCANGAN PENGISIAN 

1> Beberapa pertandingan akan dipertandingkan yang melibatkan mahasiswa Malaysia di Jordan ini. Pertandingan tersebut seperti khat, melukis poster warna-warni Malaysia, merekacipta replika atau model. Pertandingan merekacipta replika ini pecah kepada 3 katogori iaitu :-
> merekacipta replika bangunan-bangunan kebanggaan Malaysia contohnya KLCC, Menara KL, jambatan Pulau Pinang dan sebagainya.
> rumah-rumah tradisional yang terdapat di Malaysia contohnya rumah panjang Sarawak, rumah Minangkabau Negeri Sembilan dan sebagainya.
> masjid-masjid di Malaysia, contohnya Masjid Putrajaya, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, dan sebagainya.

2> Pameran oleh setiap Badan Kebajikan Anak Negeri . Di bawah MPPMj terdapat sebanyak 12 Badan Anak Negeri yang akan mempamerkan kebudayaan, seni dan warisan mengikut negeri masing-masing. Mereka akan mempamerkan gambar-gambar, maklumat-maklumat yang berkaitan tentang keadaan sosial, ekonomi negeri masing-masing. Selain itu, mereka mempamerkan makanan tradisional seperti budu di Kelantannya, tempoyak di Peraknya, pakaian tradisional, maklumat-maklumat tentang kawasan-kawasan yang menarik untuk melancong. Maklumat tentang asal usul dan sejarah negeri turut dipamerkan di gerai mereka.

3> Persembahan dari Badan Kebajikan Anak Negeri yang terpilih mengikut budaya dan seni yang menarik, penuh dengan warna-warni. Di dalam kotak fikiran anda akan terpancar Tarian Zapin dari Johor, Dikir Barat dari Kelantan, dan sebagainya.

4> Demo dan pameran alatan muzik tradisional Malaysia.

5> Demo permainan tradisional Malaysia.

6> Pertunjukan silat.

 

RASIONAL MALAYSIAN DAY

1> Merapatkan silaturahim di antara ahli-ahli MPPMj. Di Jordan terdapat empat zon atau wilayah yang terdapatnya mahasiswa-mahasiswi yang belajar di Universiti masing-masing. Lokasi keempat-empat zon ini sangat jauh. Jadi, dengan adanya program besar ini, ia dapatlah mengumpul ahli-ahli MPPMj.

2> Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan ahli MPPMj dengan melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.

3> Program ini sebagai landasan atau medium bagi mempromosikan MPPMj di antarabangsa sejajar dengan visi MPPMj sesi ini.

4> Bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa serta menarik pelancong-pelancong Timur Tengah datang ke Malaysia.

Mudah-mudahan program mega ini pada pendirian saya berlangsung dengan jayanya. Segala kerjasama dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, barisan-barisan pimpinan dari MPPMj, Persatuan Zon, Badan Kebajikan Anak Negeri serta seluruh mahasiswa-mahasiswi dan tidak lupa juga ahli jawatankuasa berganding bahu bagi menjayakan program ini.

Ohye, pada sesiapa ada idea atau cadangan silalah bagi komen dalam blog ni. Anda boleh juga email ke shinja_takeda@yahoo.com atau YM aku di shinja_samurai@yahoo.com. Terima kasih atas sokongan anda semua.

p/s :- Aku dalam kerisauan dan takut.

20 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span