Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Hari yang Tidak Tentu

Selamat Hari Khamis..
Saban hari kita dihidangkan dengan perkara-perkara yang baik mahupun yang kurang baik.
Setiap perkara yang datang hampir kepada kita bukanlah kita mahukan, tetapi ia tetap menghantui dalam hidup kita ini.
Semuanya itu merupakan satu ujian. Ujian itu datang tidak tentu masa, tidak mengenal manusia, tidak tahu di mana.
Sebagai manusia yang mahukan kehidupannya menjadi cemerlang, lakukan hari-hari kita dengan terbaik.

1 Comment »

Apa itu Kebahagian? Bolehkah ia ditetapkan?

Kebahagiaan merupakan salah satu kata yang paling umum digunakan. Orang akan berkata ” kamu sekarang ini kelihatan begitu bahagia”, ada perkara merujuk kepada diri sendiri seperti ” saya sangat senang hari ini”. Ada juga yang berkata begini,” Kau tidak kelihatan bahagia”.

Persoalan mula timbul, bagaimanakah cara untuk membuat dunia bahagia? Bagaimanakah mengelak perasaan sedih dan merasa diri bahagia? Adakah hanya menelan pil yang boleh membantu kita? Pembahasan tentang kebahagiaan tidak akan habis. Apakah ilmu memberikan definisi umum tentang kebahagiaan? Umum jawapan yang sedia ada yang mengatakan bahawa kebahagiaan adalah keadaan ketika seseorang itu berada dalam suasana merasa baik, gembira, puas, damai, dan sebagainya tentang perkara yang baik. Apakah kebahagiaan itu hadiah dalam hidup? atau pun ujian bagi kehidupan? atau suatu emosi yang memberikan kita pengalaman untuk masa yang singkat?

Jika anda menang cabutan bertuah misalannya memenangi wang tunai 100juta, anda menjadi bahagia? Saat anda menghabiskan semua wang itu, anda menjadi tidak bahagia lagi. Apabila orang lain memanggil anda adalah orang baik, anda merasa bahagia dan ketika orang lain mencemuh anda, anda merasa sangat hina. Jika anda melihat mayat rakan lama anda, anda merasa tidak bahagia dan ketika anda tertawa melihat wajah anak-anak, anda merasa bahagia.

Kita dapat mengawal semua hal tersebut, itu bergantung pada diri kita sendiri. Baik melalui kekuatan luar dan acara mengendalikan emosi dan sebagainya. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Yang mahu memiliki kehidupan bebas dan yang mahu diri sentiasa dalam keadaan mod baik. Hal ini sukar untuk dipercayai tetapi ianya adalah benar.

Mari kita cari perkara apakah yang tidak membuahkan kebahagiaan. Rendah harga diri, perasaan putus asa, kesedihan, rasa bersalah, tidak berdaya, kekecewaan, ketidakpastian, dan semua emosi negatif tersebut itu menadatangkan emosi  tidak bahagia. Sekarang mari kita bicara pula tentang perkara yang mendatangkan kebahagiaan pula. Merasa baik, prospek ceria, fikiran positif, menang dalam pertandingan, hidup dalam kenikmatan, puas, dan semua emosi tersebut yang membuat kita merasa baik dan senang.

Adakah kebahagiaan yang sama bagi kita semua? Jika saya memberikan jumlah tertentu untuk beberapa orang, beberapa orang mungkin menjadi sangat bahagia dan beberapa mungkin menjadi marah dan beberapa tidak akan peduli dengan cara baik tersebut. Jadi kebahagiaan bukanlah sesuatu yang kita rasakan dalam bentuk mahupun saiz yang sama. Saya mungkin akan sangat tenang ketika saya melihat kelipan bintang di waktu malam hari, tetapi anda hanya dapat menikmati sinar matahari cerah. Jadi masing-masing dari kita mempunyai kebahagiaan yang tersendiri.

Kita akan merasa senang ketika kita mendapatkan jumlah wang yang banyak, beberapa saat mereka boleh melakukan banyak kerja kreatif, beberapa saat mereka dapat membuat orang lain juga merasa bahagia dan sebagainya. Semua dari kita telah meletakkan dirinya pada tempat yang unik nilainya dan keinginan yang tinggi. Hatta kita sendiri berkali-kali tidak tahu tentang apa yang orang lain mahu dan berkehendak. Hal ini menjadi sukar kerana itu untuk mengetahui bagaimana memberikan orang lain juga turut bahagia dan menyebabkan sebahagian besar akan timbul pelbagai masalah peribadi antara kita dengan orang lain. Tetapi semua perbezaan tersebut menunjukkan kehidupan manusia adalah beragam, beraneka jenis tabiatnya, kehendaknya, keinginannya, kemahuannya. Semua itu merupakan ujian bagi kita supaya kita sentiasa berada dalam keadaan bersyukur dengan segala limpahan nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita. Orang yang kufur nikmat adalah orang yang tidak bahagia dalam hidupnya. Orang yang tidak pernah cukup dengan kehidupan juga tidak bahagia dalam hidupnya. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah s.w.t. Sebutlah Alhamdulillah.

Leave a comment »

Perihal Perahu [PART 1]

Salam Alaik & Salam Sejahtera.

Anda di sana apa khabar agaknya ya? Moga kalian semuanya dalam keadaan baik-baik belaka eh. Wah wah sudah saya lihat dari sana mahu datang ke sini kelihatan ceria-ceria semuanya yer. Ha lihat tu, jalan mahu membaca ke blog ni pun dalam keadaan riang ria gitu. Ok bagus. Moga apa yang dipostkan dalam blog saya ini dapat dijadikan sebagai pelapik ilmu di dada walaupun tidaklah sehebat karangan nukilan para blogger yang hebat-hebat di luar sana. Saya ini hanya menulis untuk melatih diri memberikan pendapat, berkongsi sedikit ilmu pengetahuan dan sedikit pengalaman. InsyaAllah ianya memberikan manfaat buat kalian semua.

Baiklah, kali ini saya ingin memberikan serangkai ungkapan kepada kalian untuk kalian ceritakan dan berikan sdikit komen berkenaannya. Ungkapan tersebut berbunyi begini,:-

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Saya dapat ungkapan ini dari sebuah blog yang saya sempat ziarah. Tetapi tidak tahu apakah maksudnya. Mungkin ungkapan ini mempunyai maksud yang sangat penting untuk dijadikan keramat penaik semangat motivasi diri kita. Ia mungkin. Tapi sampai sekarang saya tidak tahu apakah maksudnya. Anda mesti tahu apakah maksudnya. Kalau anda tahu, kongsilah dengan saya dan pengunjung yang datang membaca post kali ini. Moga-moga ia menjadi satu ilmu baru buat kita.

Saya cuba juga mencari maksud ungkapan ini di internet. Tetapi mendukacitakan. Ianya tidak dijelaskan maksudnya dengan baik, hanya meletakkan ungkapan itu sahaja, tidak dihuraikan apakah maksudnya.

Kemudian saya ketengahkan untuk dibincangkan bersama dengan kawan forum saya di YouthSays.com. Mereka memberikan beberapa jawapan yang mungkin hampir dengan maksud ungkapan yang saya berikan, seperti berikut:-

flamenburn (Male, Kota Kinabalu) answered: jgn bzir ms,kang mrana diri,mcm 2 ke?so jom rempit.

man_ana (Female, Butterworth) answered: hurm..hurm jgn biarkan hidup tanpa matlamat, nanti apa pun x dpt haaha..

2 Comments »

Perihal pentingnya pintu

Kerana Pintu

 Salam Sejahtera kepada anda sekalian..

Ha bertemu kita di episod lain, untuk kali ini aku ingin membawa sesuatu cerita berkenaan dengan pintu. Kalian tahu apa itu pintu? Sudah tentu semuanya sudah maklum, benar? Ok selesai pasal pengenalan tentang pintu.

Aku ingin menceritakan tentang satu cerita kawanku mengenai tombol dan pintu. Apakah kaitannya dengan kehidupan seharian kita? Apakah keistimewaan cerita ini? Siapakah yang terlibat?

Baiklah. Mari kita mulakan. Ceritanya begini,

Pintu beliau merupakan pintu baru, punya tombol bewarna emas. Berbeza dengan pintu bilik kawannya, bilik sebelah, yang punya tombol bukan warna emas, lagi pun pintunya itu sudah lama. Beliau tak sangka pintu yang baru itu boleh dinikmati dengan hati yang gembira, dan kerana ianya baru serta cantik mungkin tahan lama. Andaiannya meleset, rupa-rupanya kunci pada tombol pintunya itu lama kelamaan bermasalah.

Satu hari nak di jadikan cerita, roommatenya tak boleh membuka pintu dengan kuncinya sendiri. Dengan menggunakan kudratnya sendiri, entah bagaimana anak kunci tersebut patah. Tanpa mengambil masa yang lama, mereka memanggil seorang pak cik tua, sudah agak berumur bagi membaiki kunci di tombol pintu tersebut. Dengan sedikit bekalan ilmu pertukangan dari turun temurun barang kali, pak cik tersebut dengan yakin membaiki dengan yakin. Pintu tersebut dalam keadaan baik, cumanya tombol pintu tersebut dalam keadaan lain macam sikit.

(Dalam beberapa hari mungkin…)

Apabila pintu bilik itu terbuka, main door juga terbuka sama. Alhamdulillah mujur la tidak ada sebarang kehilangan barang yang berlaku.

(Dalam beberapa hari kemudian mungkin…)

Kunci pada tombol buat hal sekali lagi. Apabila beliau cuba masukkan kunci, agak susah untuk membuka. Nak kunci juga agak sukar. Sehingga sampai tahap, beliau menggunakan kadrat sedaya upaya dengan mengoncang pintu tersebut, barulah boleh buka.

(16hb Januari 2009 waktu pagi..)

Kali ini beliau tidak tahan dengan keadaan sedemikian. Beliau kurang selesa dengan keadaan pintu tersebut. Lalu beliau memanggil pak cik yang sama sekali lagi untuk membaiki tombol pintu biliknya. Apabila pak cik itu cuba untuk kunci, sekali lagi anak kunci tersebut patah. Kali ini ia patah di tangan pak cik tua. Lantas dengan tindakan yang entah dari mana ilham itu muncul, kawanku ini terus memberikan sejumlah wang meminta pak cik tua itu membeli sebuah tombol pintu yang baru.

(Jam 10pagi waktu Ukreain..)

Pak cik tua membawa sebuah tombol yang baru. Nasib tidak menyebelahi mereka, tombol yang dibeli tersebut saiznya agak besar, tidak sama dengan saiz lubang pada pintu tersebut. Berkata pak cik tua itu.” Camni la nak, nanti lepas lunch, pak cik pergi tukar tombol ni yang lain”. Janji yang diberikan memberikan semangat yang baru pada beliau.

(Selepas lunch. Dalam jam 2 tengahari)

Pak cik tua tersebut datang dengan tangan kosong. Pak cik tua berkata bahawa kedai sudah tutup. Tapi dia akan datang lagi bagi mendapatkan tombol baru tersebut yang sesuai. Sebelum tu, pak cik tersebut mengambil artenatif dengan membuat selak pada pintu itu. Pak cik tua turun semula.

Kawanku menunggu lagi..

(Beberapa minit kemudian…)

Pak cik tua muncul dengan keadaan yang girang. Pak cik tua senyum-senyum. Kata kawanku dalam hatinya,” kesian pakcik tua ni, dah la tua, bersusah payah pula nak mencari tombol pintu untuk saya”.

Tanpa diduga, di sebalik senyuman pak cik tua itu. Dia keluarkan paku panjang dan mengetuk-getuk di tepi pintu. Kemudian dia bengkokkan, menjadi selak pintu dari dalam.

Sedih kawanku itu dengan kaedah klasik pak cik tua tersebut. Disebabkan pintu bilik itu hanya berselakkan paku, maka kawanku ini tidak berani untuk keluar rumah. Dikuatiri benda-benda yang tak diingini berlaku, nauzubillah.

(Penutup kata)

Cerita kawanku ini membuat ku terfikir sejenak. Mungkin kisah ini mengajar kita erti kehidupan. Apakah kaitan kita dengan pintu? dan apakah pula kaitan kita dengan tombol pintu? Kalian tahu apa yang ku fikirkan? Ha ini hasilnya :-

1> Lihat pintu, lihat tombol, lihat kunci. Ianya saling memerlukan antara satu sama lain bukan. Begitu juga manusia. Manusia punya kelebihan dan juga kelemahan masing-masing. Kita saling memerlukan antara kita bagi melengkapi sesuatu perkara. Oleh yang demikian, jangan belagak sangat la. Kita tak boleh hidup sorang-sorang. Kita hidup ini bermasyarakat, hidup dalam berkawan, hidup kita perlukan orang lain bagi membantu kita meneruskan impian. Bukankah dengan mencari sumber ilham kejayaan kita dengan melihat kejayaan orang lain juga? Jadi, kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

2> Pintu, tombol dan kunci. Cuba kita kaitkan dengan ilmu, iman dan amal. Kalau kita punya ilmu, tapi kita tak beramal dengannya. Apakah itu mencukupi kita sebagai manusia yang hebat?

3> Dalam kes ni, kalau tak banyak pun kita cuba ada sedikit pengetahuan tentang ilmu kemahiran hidup. Kalau terjadinya apa-apa masalah di dalam rumah, sekurang-kurangnya kita tahu apakah yang perlu kita lakukan.Hahahaha…

4> Cuba mencari ikhtiar atau jalan lain selain jalan yang pertama. Cuba berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan tenang. Setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Gunakan beberapa pendekatan seperti apakah plan B, plan C dan sebagainya.

Ini hanya teori aku je. Aku dah lama tak menulis dalam blog ni. Aku dalam bulan final exam.
Akhirnya aku ada sedikit soalan untuk kalian, apakah pandang anda pula dengan kisah di atas dan apakah pedoman yang boleh kita dapat?

7 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span