Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Petra, Salah Satu Kebanggaan Jordan

DSC07710

Salam Alaik,

Pada hari ahad yang lepas 4hb Oktober 2009, aku dan sekumpulan kawan-kawan kebanyakannya adalah Kolej Islam Darul Ridzuan pelajar baru mengisi masa hari minggu dengan berjalan. Kami satu bas. Sebenarnya ni merupakan kali pertama aku pergi ke Petra. Sedangkan selama dua tahun aku di Jordan, aku tidak pernah lagi jalan-jalan menjelajah Jordan ni yang kaya dengan kesan-kesan peninggalan sejarahnya. Mana tidaknya, selama ni aku hanya berjalan mengisi masa cuti semester dengan berjalan ke luar Jordan. Alhamdulillah aku sudah jejak kaki ke Madinah dan Mekah buat kali kedua yang mana kali pertama aku menunaikan ibadah umrah dan yang kedua aku menunaikan haji. Aku juga sudah ke Mesir, itu sekali, ke Syria sudah tiga kali dan ke Turki sudah dua kali. Cuma di Lubnan tak tahu bila. Sekiranya di Palestin bebas dari cengkaman Israel, sudah tentu aku dapat jejak dan ziarah ke Masjid Aqsa. Sekiranya Iraq selamat, sudah tentu aku juga ke sana.

Balik kepada cerita, Petra. Sedikit pengenalan tentang Petra yang aku tahu. Sebuah ibu kota peninggalan kaum Nabataeans yang bertapak sejak 2000tahun yang lalu. Petra terletak di sebelah barat daya kota Jordan, sekitar 262 km sebelah selatan Amman dan 133 km sebelah utara Aqaba. Bukit-bukit, gunung-gunung dipahat dan dijadikan tempat tinggal, bangunan-banguna. Sungguh takjub. Kaum Nabataean sangat mahir dalam seni bina dan mengukir. Memang tidak dapat dibayangkan bagaimana teknologi mereka sungguh canggih sehingga dapat memotong batu dengan halus hasilnya, memanjat gunung-gunung yang tinggi ,sangat curam dan bahaya itu, mengukir menjadi bentuk yang sama ukurannya dengan yang lain. Bagaimana pula arkiteknya pula? Tentu arkitek yang termahsyur bukan?

Sebelum melalui ke bangunan yang pertama, kita akan melalui lorong-lorong sepanjang 1 kilometer di antara tebing-tebing gunung yang tingginya 8o meter. Di lorong-lorong itu kita akan melihat sendiri corak-corak warna yang cantik. Subhanallah.. Kemudian di akhir lorong tersebut  kita akan lihat gerbang utama yang dipahat ukir di gunung bertentangan dengan lorong keluar tadi. Sungguh indah. El-Khazneh namanya. Laluan tadi seolah-olah dirancang dengan hebat. Ibu kota ini di susun dengan atur. Mempunyai saliran , mahkamah, coloseum, makam-makan raja, dan tempat tinggal yang teratur. Hebat..Wajarlah Petra tersenarai menjadi ‘The New Seven Wonder World’. Anda boleh lihat di sini.

Di sana kita boleh mengambil kesempatan untuk menaiki kuda atau keldai. Terapat ramai Arab Badwi yang tinggal menetap di sana. Mereka menjual cenderamata Petra dan menyediakan perkhidmatan menaiki kuda serta keldai. Anda boleh lihat sendiri mereka mahir bercakap dalam banyak bahasa. Ramai juga pemuda mereka style seperti Kapten Jack Sparrow. Anak-anak mereka tidak berkasut berjalan di padang pasir. Kekadang aku terfikir, bagaimana mereka boleh hidup dengan kurang sumber airnya, hidup di padang pasir yang tandus ni. Sedang orang asli kita di Malaysia sudah semestinya akan berkampung di tepi-tepi sungai sebagai sumber air, hidup di hutan yang mempunyai sumber makanan, mendapatkan hasil hutan dan sebagainya.

13 Comments »

Hari Kedua di MSD..

Salam Lebaran & Selamat Hari Raya..

Hari ni aku & kawan-kawan Mu’tah raya di MSD (Malaysian Student Department) pula, di amMan. Seperti setiap tahun raya, MSD akan buat open house. Semua student dari setiap mantiqah (zon), baik dari Irbid, Mafraq, Mu’tah & aMman sendiri akan hadir bagi memeriahkan rumah terbuka MSD ni.

Kali ini sambutan raya di MSD dihadir oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibnu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Ha time bergambar bersama Raja tu yang tak tahan tu. Masing-masing de kamera, pe lagi..

Kami dari Mu’tah bertolak dalam jam 11 lebih, kerana sudah ditetapkan bahawa zon Mu’tah ni time makannya start jam 12.30tghr. So g pun lewat la juga kn.hi3..Dengan menaiki sebuah bas & sebuah van memeriahkan open house MSD kali ni.

Kali ni aku lihat rata-rata yang ramai pelajar baru yang mewarnai suasana di MSD. Aku merasakan pelajar lama mungkin dah jemu kot raya di MSD kali ni. Tak pun mungkin juga dorang utamakan pelajar-pelajar baru raya di MSD kali ni. Entah la, aku agak je. Tak sangka juga kali ni kami budak KIDR bertemu ustazah yang ajar kami dulu di KIDR, nama ustazah tu Adhanawati. Dia ajar kami sekejap je di KIDR, dalam 2003 kalau tak silap aku dia ajar di KIDR, dalam beberapa bulan je. Dia baru je lagi tiba di Jordan, dalam 3 minggu, ambil PHd di Urduniah University.

Kami sampao tiba di Mu’tah selesa maghrib. Tadi lepas je balik dari MSD, kami singgah pula ke Carefour, aMman. Semua arab pandang pelik je pakaian Melayu kita ni. ha3..Aku peduli pe. Selumber je jalan-jalan, mana taknya dorang pandang pelik je kita dengan berpakaian baju melayu yang macam-macam warna, siap bersampin lagi, ha yang pakai songkoknya lagi. Lom lagi yang akhwat (perempuan) kita ni lagi r, dorang yang pakai baju kurung yang bercorak-corak menarik, warna-warna ceria buatkan arab-arab pandang-pandang kami.ha3..

Ok lah, itu je untuk hari ni. Esok aku nk ke MSD balik. De meeting pula dgn MPPM. Ok selamat berseronok di Hari Raya ni. Makan tu agak-agak la.he3..

           
 

2 Comments »

Satu Hari Di hari Raya di Mu’tah, Jordan

Salam Lebaran buat umat Muslim di serata dunia. Buat keluarga aku yang berada di Malaysia selamat hari raya,buat guru-guru & sahabat-sahabat di sana juga,selamat hari raya, maaf zahir batin. Kami di sini dah raya dulu.hi3..
Kami di sini, Jordan dah pun raya lebih awal dari Malaysia. Kawan-kawan yang di Mesir raya sama dengan waktu di Malaysia, hari rabu. Setahu aku, di Palesten pun sama rayanya di Jordan,di tempat lain aku tak tahu pula.hi3..Owh ye, di Ukrein aku dapat tahu dari kawan-kawan di sana pun mereka kata,sama rayanya dengan di Jordan.
Seawal jam 8.30pagi, dengan angin yang agak sederhana kuat juga, udara sejuk macam nak hujan, semua student Malaysia di Mu’tah menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid Abu Ubaidah, yang berhampiran betul-betul di belakang rumah kami ni. Kami student Malaysia di sini buat solat bersama untuk menguatkan lagi ukhwah sesama student Malaysia. Arab di sini awal 7.15pagi lagi dah solat sunat raya. Lagipun kami ni sikit je, so buat la di Masjid Abu Ubaidah ni. Di imamkan oleh Sheh Fahmi (senior aku di KIDR), kemudian selepas tu bacaan kutbah oleh saudara Mohammad Syaheed Nizar (selaku president PERMATA). Kutbah menekankan tentang perilaku musuh Islam yang cuba memburuk-burukkan Islam dengan pelbagai cara, dengan karikatur Nabi Muhammad, filem pendek FITNAH, dan sebagainya. Selain itu dalam kutbah tersebut Khatib menegaskan supaya semua student, syabab & akhwat supaya memandang lebih soal batas-batas agama seperti soal ikhtilat. Kerana kita adalah bakal mengajar & dilihat oleh masyarakat nanti bila pulang ke Malaysia.
Kemudian selesai sahaja kutbah, semua student saling bersalam-salaman (laki,laki la, pompuan, pompuan la kan) & bermaaf-maafan,di iringi selawat. Suasana sungguh sedih. Kemudian sesi fotografi. Ha masing-masing melaram dengan baju raya.hi3..Sedang aku cuma pakai jubah je dulu, baju raya tu aku pakai masa raya di MSD nanti. Yang tak de baju raya cmne pula kn? Ha kena la pakai baju raya yang lepas-lepas. Cian ye.
Selesai sahaja, kami masing-masing membawa haluan pergi ziarah ke rumah kawan-kawan. Ada juga rumah-rumah yang buat open house. Ha di sebabkan rumah kami dekat dengan masjid, so ramai juga la syabab yang ziarah bertandang ke rumah kami dulu.hi3..Mujur lah malam semalam sempat & bersedia.ha3..
Ok la, aku nak pergi raya rumah kawan-kawan lain pula. Selamat Hari Raya semua. Moga ceria-ceria selalu ye. Daa..

2 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span