Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Pengalaman Hajiku…

Assalamualaikum semua. Apa khabar kalian? sihat ke? aku kurang sihat sikit, batuk-batuk + selsema sikit. InsyAllah kheir je. Maaf lah kiranya aku dah lama tak update blog. Korang pun tau kan yang aku pergi haji tahun ni. Alhamdulilah berkat doa korang semua aku selamat sampai & pulang serta dapat melaksanakan ibadah haji ni dengan sempurna.

Dikesempatan ni aku nukilkan sedikit coretan pengalaman aku sepanjang aku menjalankan ibadah haji di sana. Alhamdulilah, Allah telah berikan aku  peluang di waktu muda aku ni untuk melaksanakan rukun islam ni dengan baik.

 

29/11/08
3.30petang bertolak dari Mu’tah ke salah sebuah tempat istirehat di Qatranah. Dari situ kami menunggu  bas syarikat travel haji dari aMman datang mengambil kami di sini. Dalam jam 5.35malam selepas maghrib, kami bertolak bas tiba. Tiba di hudud, sempadan di antara Jordan-Saudi dalam jam 8.45malam. Di sana berlakunya pemeriksaan demi pemeriksaan oleh pihak imegresin. Mengambil masa yang lama juga di sana. Kira-kira 3jam pemeriksaannya. Kemudian selesai, kami meneruskan perjalanan terus ke Tabuk, dan berhenti sebentar untuk solat subuh.30/11/08
Alhamdulilah kami telah selamat sampai di Madinah pada jam 3.30petang. Kami singgah sebentar di Wazirah haj di Madinah. Di sana kami solat jamak dan makan. Di sana adalah tempat persingahan untuk semua jemaah haji yang datang mengikut jalan darat akan berhenti di sini. Makan ada disediakan secara percuma oleh pihak Saudi. Tempatnya agak luas memuatkan bas-bas yang datang dari seluruh negara yang mengikut jalan darat ke Madinah. Kami tiba di hotel Nasr al-Salam, otel yang berhampiran juga dengan Masjid Nabawi, lebih kurang 15minit jalan kaki dari hotel ke Masjid Nabawi. Selesai check in semua, berkemas-kemas & rehat, kami masing-masing membawa diri pergi ke Masjid Nabawi menziarahi Rasulullah.

 

1/12/08
Seawal 3.15pagi kami bersiap-siap pergi ke Masjid Nabawi solat subuh di sana. Habis solat subuh,terus balik ke hotel untuk bersiap-siap pula kerana hari ini Hafizul (ketua travel kami) ingin membawa kami ziarah di sekitar Madinah. Dalam jam7 pagi kami bertolak dari hotel ke masjid Quba, distinasi kami yang pertama ziarah. Kedua ke Jabal Uhud, ketiga Masjid Qiblatain, seterusnya di kilang al-Quran, masjid Khandak dan akhir sekali ke sebuah ladang yang terbesar di Madinah.

2/12/08
Seperti biasa kami solat subuh di Masjid Nabawi. Selepas subuh, aku dan lutfi dalam perjalanan ke hotel kami singgah sebentar di sebuah kedai makan mamak, kami menjamah roti canai. Dah lama tak makan roti canai. Dengan harga 6Riyal sekeping. Memang mahal. Jam9pagi, bersiap-siap barang dengan memakai ihram semuanya untuk berangkat pula ke Mekah. Check out jam 9.30pagi. Sepatutnya kami bertolak ke Mekah pada jam 10.30pagi, tapi entah bagaimana kami bergerak ke Mekah jam 12 thgr lebih kerana perangai arab yang agak pelik ni. Kami bersabar je. Bas singgah di Bir Ali untuk kami solat ihram & niat ihram. Kami meneruskan perjalanan. Setiap point tertentu, bas akan berhenti dan jemaah haji akan di bekalkan sebuah kotak setiap seorang yang terdapat di dalamnya sedikit makanan & minuman untuk pelapik perut sepanjang kami dalam perjalanan yang disediakan oleh pihak Saudi.

3/12/08
Dalam 12malam kami tiba di hotel syrikat travel haji kami (sakan hujaj wadi al-Aqiq). Sakan ini terletak jauh dengan Haram lebih kurang 6KM. Selesai check in, kami terus ke Masjid Haram untuk selesaikan ibadah umrah dahulu. Aku lihat perubahan di Saie semakin luas. Tapi jemaah haji semakin ramai. Kali ini musim haji lebih hebat cabarannya berbanding musim umrah yang aku tempuh sebelum ni. Aku & kawan-kawan lain selesai tawaf, saie & bergunting pada 6pagi, Alhamdulilah. Aku, Lutfi & Ikhwan breakfast di Burger King sebelum pulang ke sakan di Mall berhampiran (depan dengan Bab King Abd. Aziz).
Lepas Asar, kami gerak ke Haram. Dengan menaiki van atau kereta sewa ke Haram dengan tambang 5Riyal. Tapi bila kami dari Haram ke Sakan kami yang terletak di Bathak Qurash kadang-kadang sampai 30Riyal seorang. Itu lah musim haji, hebat cabarannya. Sedangkan harga minyak mereka amat murah.
Selepas Isya’ kami makan malam di sebuah Restoren Malaysia, Felda D’Saji. Di sana terdapatnya menu makanan Malaysia. Hmmm dah lama kami tak rasa makanan Malaysia. Kemudian, ditemani Lutfi, Ikhwan & Mat, kami bertemu parents kak iLa untuk mengambil barang untuk kak iLa. Hotel mereka terletak jauh sikit dengan Majsid Kucing, nama hotelnya Janadriah. Merupakan salah sebuah hotel tabung haji untuk jemaah haji Malaysia. Kami dapat minum bersama parents kak iLa di cafe hotel tersebut. Hmm dah lama tak rasa suasana seperti ini, aku seolah-olah berada di Malaysia pula, mana taknya di sini semunya rakyat Malaysia. Di sini juga terdapat perkhidmatan pos menghantar air zam-zam & barang-barang ke Malaysia.

4/12/08
Subuh di sakan. Lepas Zohor aku & lutfi ke Haram. Hantar ihram untuk dobi. Temankan Lutfi jumpa nenek saudaranya. Lepas Maghrib, kami ke Saufa Tower, makan nasi ayam di Felda D’Saji.hihihi.. Isya’ di sana. Lepas Isya’ kami berkenalan dengan Haji Yaakob (president Malaysian Associaty Qatar) & kawan-kawannya yang pergi menunaikan haji. Mereka semuanya kerja di Qatar Petroleum & bawa bersama keluarga tinggal di sana. Kemudian, kami yang mengikut travel Hafizul ini dijemput ke rumah kawannya yang belajar di Umul Qura, ust Hafiz namanya. Dia buat makan-makan sikit. Kami mewakilkan beliau untuk bayar dam dengan harga 250 Riyal seorang kerana kami membuat haji Tamattuk.

5/12/08
Jumaat di masjid berhampiran dengan sakan je. Lepas Maghrib kami ke Haram.

6/12/08
Hari ni aku tak larat, rasa badan tak selesa. Cam nak demam je ni. Sejak semalam lagi dah mula selsema. Di Madinah agak sejuk juga berbanding dengan keadaan di Mekah yang panas seperti Malaysia. Lepas Zohor, aku, lutfi & Hafizul ke Watani, sebuah Mall seperti Tesco di Malaysia untk membeli makanan untuk dibawa ke Arafah & Mina. Selepas Asar, dengan berihram serta niat, kami ke Arafah. Kami tiba di Arafah lebih kurang 15minit sebelum masuk Maghrib. Kami duduk kemah sekali dengan arab Jordan.

7/12/08
Subuh di kemah. Lepas Asar lebih kurang jam 4.30 petang kami gerak ke Muzdalifah. Perjalanan ke sana agak sesak, semua jemaah haji gerak menuju ke sana untuk mengutip batu & bermalam di sana.

8/12/08
Lepas Subuh, kami gerak ke Mina pula untuk lontar jamrah. Sekarang ni kawasan Jamarat sudah di luaskan, sekarang dah de 3 tingkat. Lepas lontar Aqobah kami mendapatkan kemah, kawasan kami di Daulah Arab, kawasannya jauh jugalah, naik ke bukit sikit. Tidak seperti jemaah Malaysia, tabung haji ditempatkan di kawasan yang berhampiran menuju ke Jamarat.

9/12/08
Lepas Zohor, masing-masing gerak pergi melontar ke tiga-tiga Jamrah. Tapi aku, lutfi & hafizul lepas Maghrib baru melontar. Lepas zohor ni ramai orang. Selesai…sebelum pulang ke kemah, kami beli nasi & ayam untuk makan malam. Hmm aku dah lama tak makan nasi sejak dari Arafah lagi, asyik makan roti je. Nasi & ayam dengan harga 10 Riyal.

10/12/08
Kami buat nafal awal. Selesai melontar, kami terus pulang ke Bathak Qurash, -rehat. Selepas maghrib, hafizul membawa kami melawat ke Jeddah pula. Malam Jeddah sangat indah. Kami sempat ke melawat ke Masjid Qisos di mana tempat berlakunya hukuman hudud di sana. Dinamakan Jeddah kerana dalam arabnya asal Jeddah adalah jaddatun, iaitu nenek. Dipercayai terdapatnya makam Siti Hawa, nenek segala manusia di sini. Jadi itulah tempat ini dinamakan Jeddah. Wallahu a’lam..

11/12/08
Isya’ kami di Haram. Lepas isya’ aku, hafizul & lutfi menjamah selera di sebuah restoren Indonesia, berhampirang dengan jalan masjid Kucing. Di restoren ini popular dengan baksonya yang boleh tahan la. Sekali makan 5 Riyal. Dalam 11malam begitu, kami mulakan tawaf ifadah.

12/12/08
Alhamdulilah selesai sudah ibadah haji kami dengan sempurna. Semuanya selesai pada jam 1.50pagi. Mudah-mudahan insyAllah mabrur, aminn.. Subuh di Haram. Lepas subuh, kami breakfast dulu di tempat biasa, Felda D’Saji. Selepas Jumaat, kami pulang berangkat ke Jordan.

13/12/08
Seharian kami di dalam bas. Penat..
Alhamdulilah semuanya selamat. Aku sampai di rumah jam 10malam waktu Jordan.

Hmm di sini sajalah sedikit cerita pengalaman haji aku. InsyAllah kalian juga akan ke sana juga satu hari nanti. Marilah kita sama-sama berdoa. Bukan senang sekarang ni nak pergi haji, tabung haji pun ada koutanya. Alhamdulilah aku di sini dapat visa pergi haji. Kos pergi haji dengan harga 485 Dinar Jordan, dalam RM 2425 camtu.

13 Comments »

Perjalanan..

Alhamdulilah proses visa telah selesai. Malam ni aku berkemas-kemas. Esok nak pergi haji dah. Sebelum ni aku selesaikan umrah pada cuti summer bulan Jun yang lepas. Kali ni aku pergi haji pula. Alhamdulilah. Moga mendapat haji mabrur, aminn..

Dikesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali daku. Baik di sebelah keluargaku, kawan-kawan, guru cikgu, dan orang-orang yang mengenali diri ku. Doakn moga aku selamat sampai, selamat pulang, dimudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah, aminn..

Aku doakan moga kalian dalam keadaan yang baik, dalam keadaan sejahtera, dimudahkan segala urusan, dimurahkan rezki, berjaya dalam kehidupan dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah Taala, aminn..

Aku tak dapat nak taip panjang-panjang untuk post kali ni, sebab nak kemas-kemas barang ni.hihihi.. Dalam ketiadaan aku ni, korang semua jaga la diri eh. InsyaAllah ada jodoh, dipanjangkan umur moga kita dapat bertemu lagi dilain rancangan, ha di mana kawan-kawan?!! Diiii…tak lain tak bukan di blog aku ni, ‘DUNIAKU HIJAU’..

Akhir kata dariku, jagalah kehijauan dunia kita ini 🙂 dan tidak lupa juga, selamat hari raya haji atau nama lainnya selamat hari raya Aidiladha.

p/s:- Untuk pengetahuan kalian, untuk sekali lagi di tahun ini aku tak dapat raya haji di Jordan. Sebab sebelum ni aku raya haji di sini.

4 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span