Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Berbuka puasa di rumah MaMa?!

Salam Ramadhan buat anda semua, harap kalian di waktu ini dalam keadaan yang ceria & sihat2 ya.

Ha kali ni aku nak bawa korang ke negara arab, namanya Jordan. Ha nak tak semua? siapa nak, angkat tangan? Ok bagus! Hmm aku nak cerita pasal berbuka di rumah ibu angkat kami.ha3…

 

Arab Jordan ni selalu panggil atau kebiasaanya atau kebanyakannya  panggil ibu mereka dengan panggilan ‘MAMA’. Mama kami ni namanya iman, tapi kami panggil dengan panggilan Mama Mu’taz. Mu’taz ni adalah sempena nama anak sulungnya. Secara kebiasaanya memang arab baik ibu atau bapanya akan mengunakan nama panggilan mereka sempena nama anak sulungnya.

Semalam (5hb Sept 2008) kami berbuka di rumahnya di aMman. Dia mempunyai 5orang anak, 4 lelaki, sorang je perempuan. Ikatan kekeluargaan arab ni memang kuat, itu pada pengamatan aku la. Tapi serius aku katakan, sesama mereka memang kuat ikatan kekeluargaannya sampaikan anak dalam satu rumah tu semuanya duduk satu keluarga. Duduk adik-beradik sekali. Kat sini rumah mereka cm banglo, rumah agak besar, siap de ceracak kat atas sekali, sebagai persiapan untuk tambah rumah bila anak perempuannya khawin nanti.

 

Ok sambung balik cerita berbuka puasa. Arab ni dia cukup2 layan tetamu mereka dengan hebat. Mereka akan hidang dengan makanan yang banyak kepada tetamunya. Bagi mereka, kalau tak hidang makanan yang banyak, ia cm satu aib. Dorang ni hidang makanan punya la banyak. Kita kan perut melayu, dorang perut arab lain la. Hidang banyak gile. Aku makan sampai kenyang sangat2, rasa sampai ke sudu dada ni ha, sarat sangat dah. Kawan aku sampai tak lalu habis. Mana taknya, tiap kali lagi sikit je nk habis, mama akan tambah dalam pinggan.ho3..Mujur la aku dia tak de pulak tambah. Air je sampai 3jenis dia hidang. Ha belum lagi lauk-pauk, memang banyak. Dah la potongan ayam & dagingnya besar2. Fuhh memang tak larat nak habiskn. Memang de lebih. Korang leh tgk gambarnya di bawah. Sedap bukan? Cam kt restoren pula.ha3..

saiyadin
maqlubah
sos ni sama rasa cm sos nasi ayam

  

Dorang ni memang layan baik punya, lepas makan dorang hidang pula dengan manisan arab (halawiat). Peh!! memang kami ngaku kalah. Makanan semuanya sedap2, cuma tak lalu je nak habis kn sebab perut dah penuh.ha3..

Family Mama ni semuanya peramah, mudah mesra. Dorang memang spoting. Sempoi la..

 

Advertisements
17 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span