Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Berakhirnya Yang Lama Kemudiannya Bermulalah Yang Baru

Salam Comel buat kalian semua.

31hb ogos 2009 merupakan hari terakhirnya sesi perkhidmatan untuk pimpinan Badan Kebajikan Anak Perak Jordan 0809. 31hb, lepas Jumaat telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 BKAPJ0809 yang bertempat di Bayt Muhseneen, Irbid. Dirasmikan oleh Tuan Presiden MPPM0910 yang baru, Saudara Ahmad Syahrul b Adnan.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 ini berjalan dengan lancarnya walaupun dalam keadaan bersederhana. Alhamdulillah. Dengan kehadiran seramai 57 orang sudah mencukupi korum untuk berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BKAPJ ini. Tahniah pada mereka yang hadir.

Sejarah Ringkas BKAPJ

Saya akan menceritakan sedikit sejarah awal BKAPJ ini. Pada 17hb Februari 1995 satu bdan penaja telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Husni Hj. Hassan, untuk pengetahuan kalian, beliau merupakan lucture saya di Kolej Islam Perak Darul Ridzuan dahulu. Pada awal penubuhan beliau telah merangka draf perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak di Jordan. Pelbagai jenis rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak badan penaja dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh nanti sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan. Lama juga tu.

Alhamdulillah berkat doa, kekuatan dan keazaman yang tinggi, akhirnya badan penaja dapat merealisasikan impian setiap pelajar anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan nama ringkasnya IMPJ. Persatuan ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 1996 bersamaan 15 Zulkaedah 1416H pada haru Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahidi di University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan IMPJ.

IMPJ ini bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa”. Nama pertubuhan terpaksa ditukar pada 1999 kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau nama ringkasnya BKAPJ. Nama ini telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai penubuhan rasmi. Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ini kepada Jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf perlembagaan BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMPJ. Tindakan ini dilakukan sebagai menghargai sumbangan perintis IMPJ yang telah menyatupadukan anak-anak Perak di Jordan ini dalam sebuah keluarga.

Family Day BKAPJ

Keesokan harinya pula iaitu 1hb Ogos 2009 telah berlangsungnya Family Day BKAPJ yang bertempat di Dibeen Forest, Jerash, salah sebuah hutan yang dilingung dan dijaga oleh Kerajaan Jordan. Ini je la satu-satunya hutan yang ada di Jordan ni. Baiklah, saya bukannya nak cerita pasal hutan tunggal Jordan ni. Balik-balik pada tajuk asal.

Family Day. Perjalanan dari Irbid ke Dibeen Forest ni memakan masa selama 45minit lebih. Sebagai permulaan, ucapan dari YDP BKAPJ yang baru, penyerahan topi lebihan semasa program BKAPJ sesi 0708. Kemudiannya pecahan agihan kumpulan yang diasingkan akhwat dan syabab. Aktiviti berjalan dengan lancar. Selepas makan dan solat serta sedikit majlis perasmian oleh Ust. Arman yang turut hadir oleh En. Azmer dan seorang rakannya. Kemudain aktiviti diteruskan dengan aktiviti ‘cari harta karun’.

group ZEBRA group JUJUR

Syabas dan terima kasih kepada ahli kumpulan JUJUR dan juga ZEBRA yang berjaya bekerjasama memberikan komitmen yang gitu kepada saya sebagai mengetuai kumpulan ini sehingga ke garisan tamat. Korang semua memang sempoi. Tahniah!!

Sekilas Pandang

Sewaktu saya dilantik menjadi Setiausaha Agung BKAPJ, saya merasakan amanah ini betul-betul berat. Yelah, tugasan sebagai setiausaha bagi sebuah persatuan yang besar ni bukan mudah. Memang betul-betul berat. Tapi saya tabahkan dengan harapan ia dapat memberikan input yang baik kepada saya kelak. Saya akan lakukan yang terbaik, walaupun saya sebenarnya berat untuk menerimanya.

Serius saya katakan selepas saya dilantik menjadi Setiausaha Agung BKAPJ sesi 0809 yang lalu, saya telah dilantik menjadi Ketua Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPM 0809, saya hanya banyak tumpu dengan MPPM sahaja sehingga saya banyak terlepas pandang BKAPJ. Namun begitu, saya dapat diringankan dengan bantuan dari timbalan Setiausaha saya ni. Terima kasih banyak-banyak. Kami agihkan bidang tugas masing-masing supaya melancarkan urusan Jabatan Kesetiausahaan ini.

  • Yang Dipertua.

Beliau adalah kawan baik dan kawan baik saya sejak dibangku sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan sehinggalah ke universiti kini. Kami juga tinggal dalam satu taman yang sama. Beliau mempunyai gaya pimpinan yang tersendiri. Beliau ada kemahiran yang tersendiri.

  • Timbalan Yang Dipertua

Nama diberi Munir. Saya mula kenal dengan beliau semasa program KARISMA yang berlangsung di Irbid yang mana Sheikh Fahmi bawa kami makan sama-sama di Mandi Yamani sebuah kedai makan yang terkenal dikalangan pelajar Melayu di Irbid. Beliau ni bakal seorang doktor yang berjaya stu hari nanti. Mempunyai perwatakan yang aku kira hebat. Saya kesian kepada belia kerana pada sesi 0809, beliaulah seoarang sahaja AMT yang berada di Irbid. Walaubagaimana pun saya selalu juga turun ke Irbid bertemu sendiri dengan beliau bagi berkongsi cerita atau apa-apa masalah berkaitan dengan BKAPJ. Dia seorang memberikan komitmen dalam mana-mana program BKAPJ. Beliau jugalah yang banyak mendahulukan duit bagi menjalankan beberapa program atau aktiviti berbentuk kerjasama dengan mana-mana Persatuan Zon mahupun mana-mana BKAN. Beliau memang sporting orangnya. Terima kasih bag kerjasama yang gitu pada aku Mun. Seronok kenal dengan ko. Ha jaga ahli-ahli kita di Irbid dan Mafraq tau. Kalau ada apa-apa problem, jangan pendam tau, cerita la kat aku sama.huhuhu…

  • Naib Timbalan Dipertua

Kakak Afrah, beliau adalah pangkat kakak. Beliau jugalah yang banyak memberikan kelancaran dan memberikan idea bagi membangunkan BKAPJ ini. Beliau begitu ramah dan menjaga ahli-ahli BKAPJ dikalangan akhwatnya. Saya selesa bekerja dengan beliau. Beliau banyak memberikan idea, menyelesaikan masalah BKAPJ ni. Beliau banyak pengalaman dengan menguruskan organisasi ni. Beliau juga punya watak yang pelik ye tuan-tuan puan-puan semua. hahaha:))

  • Timbalan Setiausaha Agung

Asmida namanya. Kecil molek orangnya. Saya selalu bebankan tugas kepada beliau. Maaflah eh Mida kalau aMz selalu susahkan Mida, banyak sangat kerja yang aMz bagi. Terima kasih membantu dan memahami aMz.

  • Bendahari Agung

Adi Amzar namanya. Beliau ni juga satu taman dengan saya, Taman Meru, Ipoh. Dia juga adalah senior saya di MUC dan merupakan kawan kepada adik saya yang kedua. tak sangka kami boleh bertemu di Jordan ni. Beliau menjalankan tugas yang baik. Mudah untuk disuruh dan diajak berbincang. Dan kini, dia merupakan Yang Dipertua BKAPJ 0910 tau. Ha kalau ikutkan sejarah BKAPJ kan, beliau merupakan orang yang ketiga budak Taman Meru yang menjadi YDP BKAPJ, sebelum ni Sheikh Fahmi (tinggal di Taman Meru) pastu Syafiq Murat, pun budak Taman Meru juga. Teruskan usaha dan menjaga kebajikan ahli-ahli Perak di Jordan ni. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan cerita la pada kami yang mantan ni. Lakukan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik eh. Kami sokong kamu.

  • Timbalan Bendahari Agung

Ha beliau ni sempoi. Dari zahirnya beliau begini, tetapi gaya dan perwatakannya agak sempoi dan riang ria rebina. Dia juga merupakan timbalan ketua Biro Akademik & Pembangunan Minda MPPM 0809.

Semua Biro, iaitu Biro Multimedia & Dokumentasi, Biro Ekonomi dan Biro Akademik & Kerohanian. Dan tidak lupa juga kepada Perwakilan setiap Mantiqah. Walaupun perlantikan anda agak lewat, tetapi kalian dapat memberikan komitmen bagi meneruskan beberapa program sepanjang tahun ini. Kita tak punya sumber kewangan yang kukuh, walaubagaimanapun ukhwah kita kuat. Teruskan. Kita dapat lakukan yang termampu. Diharapkan sesi 0910 ini kewangan BKAPJ betul-betul kukuh, dimurahkan rezki  bagi membanyakkan aktiviti, program dan juga menjaga kebajikan ahli Perak di Jordan ini.

Saya merupakan mantan Setiausaha Agung BKAPJ 0809 mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pengarah, AJK-AJK bagi kedua-dua program terakhir BKAPJ 0809 ini dan juga tidak lupa kepada semua ahli BKAPJ. Diharapkan ukhwah kita dipanjangkan dan terus subur sampai bila-bila. Bantu dan berikan kerjasama kepada barisan BKAPJ sesi 0910 yang baru ni. Maju BKAPJ untuk semua!!

4 Comments »

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan kali ketiga

Salam Ceria buat kalian semua..Alhamdulillah program PERTAMA atau nama panjangnya Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan telah pun berjaya dijalankan dengan jayanya yang bermula dari 12 hingga 14hb Februari 2009. PERTAMA kali ke-3 ini berlangsung di mantiqah Irbid yang merupakan salah satu zon di Jordan yang merupakan ramai mahasiswa yang belajar di dua universiti di Irbid ini selain zon Mu’tah dan Mafraq.

perwakilan-perwakilan yang dijemput khas bergambar dgn pihak MSD  

MPPM sesi 2008/2009 kali ini telah menjayakan PERTAMA kali ketiga di bawah Biro Pembangunan Minda dan Akademik (BPMA) yang merupakan salah satu Badan Pentadbir MPPMj sesi ini.

Persidangan ini bukanlah calang-calang, ianya amat penting buat mahasiswa Malaysia di Jordan dan MPPMj sendiri dalam usaha mempertingkatkan tahap pemikiran dan menonjolkan imej keperbadian mahasiswa Malaysia di Jordan ini. Ia sejajar dengan tema PERTAMA kali ini iaitu ‘Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim’. Tahniah buat Biro Pembangunan Minda dan Akademik MPPMj dalam melaksanakan PERTAMA kali ketiga dengan jayanya, begitu juga kepada pihak MPPMj sendiri. Terima kasih kepada pihak  MSD, kedutaan dan barisan tetamu yang hadir bagi menjayakan program besar MPPM ini.

aku dan banner PERTAMA

Pengisian PERTAMA kali ini adalah pembentangan 6 kertas kerja oleh wakil-wakil mahasiswa Malaysia yang di jemput khas dari Mesir (PMRAM dan PERUBATAN), Arab Saudi, Syria (PPMS) dan Yaman (PERMAYA). Selain itu, terdapat juga forum oleh Ust Syed Abd Kadir Aljoofre dari Mesir (PMRAM), Ust mujahed dari Syria (PPMS) dan Dr. Anwar (S/U MPPMj) yang bertajuk ‘Mahasiswa Kita – Kuantiti Bukanlah jaminan Kualiti. Kemuncaknya adalah sidang plano yang akhirnya terbentuklah 11 resolusi.

Terima kasih pada kawan-kawan Irbid dan Mafraq kerana di kesempatan ini lah kita dapat berkumpul bersama, bertukar-tukar pengalaman dan ilmu. Terima kasih juga kepada Saudara Atiq kerana tumpangkan aku dan kawan-kawan di rumahnya selama program PERTAMA berlangsung, nampaknya dia agak sibuk.

bersama kawan2..

Sekali lagi aku mengucapkan tahniah kepada pihak yang telah menjayakan PERTAMA kali ketiga ini. Tahniah!! Diharap PERTAMA akan datang lebih baik dan hebat lagi. Syabas!!

15 Comments »

Ziarah yang tak terancang

Salam Alaik kepada semua kawan-kawan yang nun di merata tempat (hmm cam ramai je kawan aku, seolah-olah berada di merata tempat je..)Ahlan ya syitak’.. Musim sejuk kembali lagi kali ini lebih cepat berbanding biasa. Seperti tahun lepas, musim salji agak cam panjang pula. Musim sejuk menjadi igawan pada insan yang pernah mengalaminya. Mesti akan di dalam kepala terlintas yang kita akan keluar rumah pergi kelas dengan pakai baju yang tebal-tebal, pakai sarung tangannya lagi, & mafla lilit di leher. Nak bangun kelas di awal pagi jam 8 tu la yang agak liat, ye la, dengan keadaan sekeliling yang sejuk menjadi halangan untuk kita bangun bersiap-siap menghadiri kelas. Kuatkanlah semangat mu wahai kawan-kawan & diri ku ini (alhamdulilah fasal ni aku takde kelas jam 8 pagi, semuanya kelas mula jam 9 & 9.30pagi..)

Tidak lupa juga kita dibayangi dengan salji di akhir-akhir musim sejuk nanti. Owh ye, kalau nak ambil wuduk ke, nak sentuh air pun agak berat, tapi sesiapa yang de sakhonah tu ok la. Kalau nak tidur lagi la cam best. Sekarang ni pun masa akan dilewatkan sejam dari waktu biasa. Beza Jordan dengan waktu Malaysia sekarang menjadi 6jam. Waktu solat pun berbeza la, seperti contoh, waktu maghrib akan masuk pada jam 5.30ptg. Malam akan menjadi lebih panjang berbanding biasa. Dalam rumah sendiri pun kita akan pakai stokin, kasut yang dipakai khas dalam rumah (kasut bulu), pakai baju tebal-tebal, dengan nyalaan sobahnya lagi (pemanas). Ha gas mesti banyak nak pakai. Yang hebatnya nak tidur pun mesti akan pakai selimut tebal-tebal & ON kn sobah sampai la siang hari. Anda boleh bayangkan tak? Beginilah keadaan aku & kawan-kawan yang belajar di sini. &tidak lupa juga sama kot dengan keadaan kawan-kawan di Ukrein, & tempat-tempat lain yang mengalami musim sejuk.

Sebenarnya aku ni baru je balik dari Mafraq, ada masyuarat BP (Biro Pelaksana) dengan MPPM, yang mana aku diamanahkan sebagai ketua biro kebudayaan, kesenian, & sukan MPPM untuk sesi ini. Ni la pengalaman baru bagi aku dalam berorganisasi di luar negara, sebelum ni di Malaysia je. Mafraq merupakan sebuah zon di dalam Jordan. Di sini di tempatkan Universiti Al-Bayt yang mashyur & menjdi salah satu universiti pilihan pelajar Malaysia menimba ilmu di Jordan ni.

Masyuarat tamat jam 5ptg, dah masuk senja. Nak balik Mu’tah pun agak lewat dh ni, so kami ambil keputusan untuk bermalam je di sini. Akhwat-akhwat kami dah bermasam muka dh, nak balik awal la tu. Tapi saudara ifwat janji esok awal pagi gerak awal balik ke Mu’tah.

Alhamdulillah layanan kawan-kawan di Mafraq sungguh baik. Banyak rumah juga yang kami (Dzul, Anuar, Ifwat, Afiq,& aku) sempat ziarah. Semuanya beri layanan yang hebat. Terima kasih korang, korang memang sempoi. Ni adalah kali pertama aku pergi jejak kaki di Mafraq ni. Sebelum ni aku hanya sempat jejak kaki di Amman, Irbid & Mu’tah je. Kalau masyuarat tak di buat di sini, memang agaknya aku tak sampai la ke Mafraq ni.hahaha.. Asyik duduk kat Mu’tah je, sesekali ziarah kawan-kawan belajar di zon lain mengajar kita erti kawan, & dapat serba sedikit pengalaman serta ilmu suasana mereka di sini. Dapat la tambah kenalan sikit kan. Dalam memperluaskan jaringan kenalan.

Apa-apa pun terima kasih pada korang. InsyAllah aku akan ziarah lagi.

4 Comments »

Kursus Kepimpinan & Kerjaya

Alhamdulilah syukur pada Allah s.w.t kerana berjayalah sudah program yang aku adalah sebagai pengarahnya. Program yg di beri nama Kursus Kepimpinan & Kerjaya Mahasiswa Malaysia Jordan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia & Jabatan Penuntut Malaysia Jordan kerjasama bersama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.

  

Kursus yang berlangsung selama 2hari, berkampung selama 3hari 2 malam berjalan dengan jayanya. Iaitu 16hb Oktober 2008 (petang) sehingga 18hb Oktober 2008 (petang). Yang bertempat di Palmyra Hotel, aMman, Jordan. Terima kasih pada ajk pelaksana & pihak-pihak tertentu.

Kursus ini bertujuan untuk:-

  1. Memberikan penerangan tentang kepimpinan & kerjaya serta cabarannya yang kini makin sengit.
  2. Menjelaskan hala tuju & kefahaman mahasiswa Islam sebagai seorang pemimpin.
  3. Memberikan pendedahan berkenaan gerak kerja berpesatuan.
  4. Melicinkan & meningkatkan pretasi pengurusan biro, persatuan atau sesuatu badan organisasi.

Penceramah adalah terdiri daripada wakil-wakil KPT iaitu Prof. Madya Tn. hj. Salahuddin b Mat Nor (Universiti Kebagsaan Malaysia), Tn. Hj. Shamsaadal b Hj. Saad yang mesra dipanggil Pak Long (Universiti Tun Hussein Onn), Tn Hj. Ali b Hj. Ahmad (Universiti Tenaga Nasional) yang mesra dipanggil Pak Su. Dan tidak lupa juga Pn. Rohani bt Mustafa (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar ) yang mesra dipanggil Kak Ani, yang merupakan pemantau wakil dari pihak KPT sendiri. Mereka semuanya mesra-mesra & boleh dibawa berbincang. Terima kasih kalian.

Peserta yang terdiri dari kalangan barisan pimpinan MPPM, Persatuan Zon bagi setiap zon dalam Jordan di bawah MPPM iaitu zon aMman, Irbid, Mafraq & Mu’tah yang mana setiap mereka menghantar wakil 10 orang, Badan Kebajikan Anak Negeri yang menghantar wakil 5 orang. Semuanya peserta yang hadir & spoting seramai 103 orang.

Harapan aku sebagai pengarah untuk sesi ini moga sesi akan datang kursus ini perlu diteruskan & ditambahbaikkan lagi supaya lebih-lebih menarik. Apa-apa pun program ni bersifat santai, peserta selesa, penceramah ok. Di kesempatan ini juga aku pengarah program memohon maaf atas sebarang kesulitan & takkepuasan hati para peserta serta penceramah selama mana kami menjalankan tugas dalam melangsungkan program ini. Mudah-mudahan kalian dalam rahmat Allah s.w.t. Amenn.

& tidak lupa juga kepada Senior Fahmi & Kak S yang berangkat pulang dari Jordan pada 17hb oktober 2008 ke Tanah Air dengan selamat pada 18hb Oktober 2008 jam 9.10pg, alhamdulillah. Terima kasih atas nasihat, tunjuk ajar, bantuan korang sepanjang kami berada di Jordan ni. Moga Allah s.w.t menghitung amalan kalian. Terima kasih.

7 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span