Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 di Mu’tah

ROQS 2009
Salam Damai dari saya..

Seperti kebiasaan post-post yang lalu saya menggunakan panggilan ‘aku’, kini saya akan membahasakan diri dengan panggilan ‘saya’. Itu mungkin lebih sopan rasanya. Terima kasih.

Sebelum saya pergi jauh, saya mengambil kesempatan dengan mengucapkan Salam Israa’ Mi’raj. Peristiwa ini menjadi iktibar persinggahan Rasulullah s.a.w. ke Masjid Al-Aqsa.

Semarak Ruh Perjuangan, itulah tema bagi satu aktiviti berbentuk ceramah yang dianjurkan oleh  Aman Palestin dengan kerjasama Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ), Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) dan juga Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (MSD).

Program ini bagi saya adalah julung-julung kali diadakan di Jordan di mana penceramah yang datang khas dari Aman Palestin turun bagi memberikan penjelasan dan penerangan berkenaan tentang isu Palestin yang merupakan jiran bagi Jordan ni. Program ini bermula dari Mu’tah kemudian akan ke Mafraq, Amman dan akhirnya ke Irbid yang mana keempat-empat zon di Jordan inilah terdapatnya pelajar-pelajar Malaysia. Program ini saya kira baik bagi menjelaskan isu Palestin yang dari dulu sampailah sekarang masih ditindas teruk oleh Rejim Zionis Israel yang mengaku dengan gaya angkuhnya bahawa itu adalah tanah negara mereka.

Program yang baru sahaja selesai di Mu’tah tadi berjalan dengan baik. Penceramahnya adalah  Mejar Nadzri Bin Musman seorang yang peramah dan perunding wakil dari Aman Palestin bagi memberikan ceramah berkenaan Palestin kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ini. Terima kasih atas tuan bagi menceritakan kepada kami tentang isu ini dan kesanggupan beliau turun bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sini yang dahagakan isu-isu semasa sebegini yang mana saya kira memang susah untuk diadakan di sini dari mana-mana pihak sebelum ini atas dasar polisi Jordan yang begitu sensitif berkenaan isu ini.

Saya baca di akhbar-akhbar negara di ruang internet, blog-blog mahasiswa di Malaysia memang begitu bersemangat dalam menyentuh berkenaan isu tersebut, isu Palestin. Memang isu ini tidak lapuk untuk di bincangkan, untuk dikongsi bersama dan diterangkan kepada seluruh masyarakat Islam kerana ia berkaitan dengan tanah suci Islam sendiri dan tempat sejarah bagi umat Islam. Biarlah kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa melayu ini pergi membantu rakyat Palestin sedang bangsa Arab sendiri berdiam diri tidak mahu terlibat secara langsung berkaitan dengan negara jirannya itu. Siapa lagi kalau kita umat Islam sendiri kan.

Walaubagaimanapun kita sebagai pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Jordan ini kena akur dan bertindak secara bijak atas sensitiviti berkaitan dengan isu berkenaan kerana dasar polisi negara Jordan ini. Kita buatlah sekadar yang termampu bagi membantu saudara kita nun di sana. Teruskan apa-apa tindakan yang dikira baik bagi membantu mereka. Moga apa yang kita buat ini mendapat meringankan bebanan saudara kita di sana dalam menentang Rejim Zionis itu dan mudah-mudahan Allah Taala membantu mereka-mereka yang berjuang dalam agamanya, amin.

p/s: untuk makluman lanjut tentang program ini bolehlah anda melawat ke link ROQS 2009 ini.

5 Comments »

Teruskan Memimpin

AGM PERMATA 0809-1 (53)

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA 0809 dan telah bertukar tangan dari tampuk pimpinan yang lama kepada yang baru. Tahniah kepada mereka yang telah menjadi pimpinan PERMATA yang baru ini. Sekalung tahniah juga kepada Saudara Amiruddin dan Saudari Basyirah, menjadi harapan dan kepercayaan ahli-ahli PERMATA memilih kalian bagi meneruskan matlamat serta menerajui PERMATA. Tahniah juga kepada AJK-AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program tahunan ini. Diharap semua ahli PERMATA dapat menerima dan akur segala corak yang akan dibawa oleh pimpinan baru ini dan apa-apa usul serta cadangan yang telah dibahas dalam mesyuarat agung tahunan ini.

Dalam sesi ucapan sulung Tuan Presiden PERMATA 0910 pada majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung di Solah Abasi, Universiti Mu’tah, beliau ada menyatakan bahawa selepas ini segala bentuk kumpulan yang wujud semasa waktu kempen pilihanraya PERMATA baru-baru ini sama ada GA mahupun FOSU dihapuskan serta-merta. Bagi tidak berlakunya  persengketaan di mana-mana pihak. Aku juga masih ingat dalam ucapan beliau mengatakan bahawa semua ahli PERMATA perlu menjaga aset penting PERMATA ini, aset yang dimaksudkan beliau adalah ukhuwwah. Memang diakui ahli-ahli PERMATA ini masih kekal dengan ukhuwwahnya. Ukhuwwah sesama kami terjalin dengan kekuatan dari pimpinan PERMATA juga. Syabas!!

Selaku aku sebagai salah seorang ahli PERMATA, aku mengucapkan tahniah kepada pimpinan-pimpinan PERMATA 0809 yang telah berjaya membawa kepada beberapa kejayaan dan mengekalkan status Mu’tah ini sebagai ‘kampung ukhuwwah’ dibawah pimpinan Mantan Presiden PERMATA 0809 iaitu Saudara Syaheed.

Leave a comment »

Sekutu atau Sekufu

n

Salam Damai buat kalian nun di sana. Baik di Malaysia Tanah tumpah Negaraku baik kawan-kawan di Jordan mahupun kawan-kawan yang berada di mana-mana negara perantauan. Di harapkan kalian semuanya dalam keadaan yang ceria, sihat-sihat belaka ya.

Baiklah..

Untuk kali ni aku mahu cakap pasal satu kes yang sering di pilih oleh mana-mana calon untuk dijadikan mereka sebagai pemimpin yang akan terus menerajui tampung kepimpinan sesebuah organisasi. Untuk pengetahuan anda, kami di sini pelajar Malaysia di Mu’tah Jordan sedang hangat berlangsungnya sesi buang undi bagi pilihanraya PERMATA sesi 0910, dan esok pula akan berlangsungnya mesyuarat agong tahunan PERMATA. Melihat kepada keadaan di sini masing-masing memperjuangkan calon-calon mengikut kehendak masing-masing yang pada mereka ia dapat memimpin PERMATA untuk terus menerajui kebajikan ahli-ahlinya dan sebagai wakil kepada mahasiswa Mu’tah di peringkat MPPMJ, MSD mahupun Kedutaaan.

Melihatkan kepada calon-calon yang akan memimpin PERMATA nanti ia menunjukkan masing-masing punya kekuatan tersendiri. Mahu tidak mahu ada juga sesetengah calon-calon ini  yang akan di tolak terus atas dasar pendirian ahli-ahli yang dilihat  kurang menarik hati merekai untuk diangkat menjadi pemimpin PERMATA. Walaubagaimanapun aku melihat sendiri mereka di pilih atas dua perkara. Itu mungkin pada andaian aku sahaja, ini hanya teori aku sahaja. Iaitu pertama atas dasar memilih calon itu kerana ia adalah sekutu, dan yang kedua dipilih atas dasar ianya adalah sekufu.

Sekutu dan sekufu punya bezanya. Sekutu kalau di lihat dengan mata kasarnya adalah orang-orang yang dipilih kerana dia adalah kroni, kenegerian, sekepala dengan seseorang yang boleh dijadikan boneka atau dipatuh dengan arahan-arahan dari seseorang yang mampu ‘menguasai caranya atau pemikirannya’. Itu aku rasa.

Manakala sekufu pula dipilih oleh mereka yang mana dia adalah orang yang mampu memimpin mengikut caranya tersendiri berdasarkan sifat dia sebagi seorang pemimpin yang berwibawa mungkin. Ataupun dia mempunya kelebihan yang tersendiri untuk menunjukkan dia adalah seorang pemimpin. Dia sebaris dengan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Dia bukanlah orang yang mudah dipengaruhi oleh ‘tangan-tangan’ atau ‘kuasa-‘kuasa’ dari ‘orang ketiga’  mengikut citarasa ‘orang ketiga’ tersebut. Tetapi dia dipilih atas sebab dia adalah seorang yang berkaliber dan mampu menjadi wakil organisasi bagi meneruskan hasrat matlamat organisasi tersebut.

Oh bukanlah aku maksudkan bahawa yang dipilih kerana sekutu itu tidak mampu memimpin, tetapi hakikatnya dia dipilih mungkin atas nama, “Oh dia ni orang kita, dengar cakap, ikut sahaja apa yang kita cakap, maka bolehlah kita naikkan dia sebagai ketua pemimpim”. Dia masih lagi mampu memimpin, cumanya dia adalah ‘orang mereka’. Begitu maksudnya.

Aku harap apabila memilih seseorang pemimpin, pilihlah mereka yang mempunyai ciri-ciri yang benar-benar boleh memimpin. Ini demi masa akan datang juga. Ahli perlu bijak memilih.

Leave a comment »

Kita pulang dengan ukhuwwah..

Salam Alaik dan Salam Ceria buat kalian…

Alhamdulillah tamatlah sudah satu lagi program besar Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia seJordan iaitu KARISMA ’09 singkatan daripada Karnival Sukan Mahasiswa 2009 yang mana Mu’tah menjadi tuan rumah. Program ini dulunya di namakan sebagai KARISMA juga singkatan daripada Karnival Sukan, Akademik dan Budaya.Karnival kali pertama dianjurkan di Bandar Irbid tahun lepas. Syabas pada AJK KARISMA pada sesi lepas!!. Sesi ini diubah kerana fokus pada sukan sahaja. Hanya sukan-sukan utama sahaja dipertandingkan. Iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, dan ping pong. 

KARISMA’09 melibatkan antara pelajar-pelajar Malaysia dari empat zon di Jordan ini, iaitu Irbid, Amman, Mafraq dan Mu’tah. Setiap zon ini membawa warna tema yang berbeza, Irbid dengan birunya yang damai, Amman dengan kuningnya, Mafraq serba hijau manakala Mu’tah pula merah menyala.

KARISMA’09…itulah namanya. Kali ini membawa slogan

saya datang kerana ukhuwwah

 

KARISMA'09

Malam Jumaat, jam 10.45 malam…

Bas-bas dan coster yang datang dari Mafraq tiba di perkarangan bayt Cempaka. Kemudian tidak lama beberapa minit, tiba rombongan dari atlet-atlet Irbid. Bayt Cempaka menjadi pusat pendaftaran KARISMA’09. Semua ajk-ajk KARISMA’09 bertungkus-lumus bagi menjalankan tugas masing-masing. Amman tarik diri di akhir-akhir. Tetamu yang datang di agih mengikut senarai nama yang ditetapkan. 

 

Pagi Jumaat 1 Mei 2009…

Bertempat di Solah Riadhi, Jameah Mu’tah..

Ucapan Tuan Presiden MPPMj 0809 saudara Dzul memberikan kata-kata semangat kepada pasukan setiap zon. Beliau menekankan semangat ukhuwwah itu perlu dititikbertakan. Sukan no 2, ukhuwwah no 1. 

KARISMA’09 dirasmikan oleh En. Jamalulail bin Abu Bakar, merupakan ketua penolong pengarah kanan bahagian Hal Ehwal program pelajar KPT Malaysia. Burung merpati dilepaskan sebagai simbol KARISMA’09 bermula.

Sukan bermula mengikut tempat masing-masing.

 

Selepas maghrib…

Bertempat di PUSMA, (Pusat Gerakan Mahasiswa PERMATA) satu slot beramah mesra antara barisan pimpinan MPPMj, BKAN, PZ, wakil atlet setiap  zon dengan pegawai-pegawai Kedutaan, JPN dan en. Jamalulail. Sedikit penerangan dari en. Jamalulail tentang perancangan KPT pada tahun ini bagi menaikkan mutu soft skill pelajar-pelajar Malaysia baik dalam negara mahupun di luar negara. 

 

Pagi Sabtu, 2 Mei 2009…

Acara baki sukan diteruskan..

 

Jam 1.30 petang..

Bertempat di solah Riadhi, Jameah Mu’tah…berlangsungnya Majlis Penutup KARISMA’09.

– Lintas hormat serta perarakan masuk semua kontigen (AJK KARISMA’09, Mafraq, Amman, Irbid, Mu’tah)

– Nyanyian lagu NegaraKu, Salam Malik

– Ucapan aluan dari Tuan Pengarah

– Ucapan aluan dari Presiden Universiti Mu’tah

– Ucapan aluan dari TYT Dato’ Duta Malaysia, Dato’ Abd. Malek bin Abd Aziz

– Upacara simbolik perasmian penutup KARISMA’09

– Persembahan silat 

– Penyampaian hadiah dan cenderamata. Tahniah Irbid kerana menjadi juara keseluruhan walaupun tidak dapat dihebahkan oleh pengerusi majlis. Ia merupakan kesilapan dari pihak kami sendiri. Maaf..

 

Selama 2 hari 2 malam tetamu dari Irbid dan Mafraq berkampung di Mu’tah ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  Sekiranya terdapat cacat cela dari pihak kami, kami mohon maaf segalanya. InsyaAllah kita akan bertemu di lain hari. Salam Hormat dari kami buat kalian..

1 Comment »

Mu’tah : Gaduh + Kemusnahan + Gelagat + Aksi

13112008551-1

Balik dari kelas aku singgah ke Solah Abasi, salah satu cafe di Jameah. Perut lapar..

Selesai makan, alang-alang jam pun hampir kul 2 petang, aku terus bagi message kat Shah. Nak agak di pergi survey lembu untuk di buat korban pada Raya Haji ni. Sampai di Mu’tah bersama Shah, kami terus bertanya berapa harga seekor lembu untuk di buat korban. Kami pergi dari kedai ke kedai. Rata-rata di Mu’tah ni banyak juga rupanya kedai daging ni. Tak la pula aku sedar selama ni. Tapi memang kena la kn, sebab arab di sini memang lauk utama mereka adalah daging lembu & kambing serta ayam. Ha kedai ayam usah cakap la banyaknya. Tambah-tambah lagi musim sejuk ni, daging  untuk panaskan badan.

Harga lembu yang paling tinggi adalah JD800. Paling rendah pun JD600. De juga yang harganya JD750. Kambing pula rata-rata harga JD80. Terima kasih Shah sudi tolong aku.

Selesai je survey harga lembu & kambing, kami tunggu pula Abe & Daus untk sama-sama beli barang untuk jamuan esok, jamuan KUJ.

Memang dari tadi masa aku habis je kelas & tiba di Mu’tah, aku dah nampak arab-arab berkumpul dengan polis-polis & FRU Jordannya. Mesti de someting ni, aku fikir ni mesti de gaduh-gaduh ni. Betul tekaan aku, tiba je kami menempah ayam 12 ekor untuk jamuan KUJ esok, tiba-tiba datang sekumpulan arab, rata-ratanya adalah pemuda, mereka datang dengan membawak kayu & besi. Berarak ke jalan depan Masjid Syuhada’. Terus FRU yang telah bersiap-sedia dari pondok polis berhadapan dengan bus stop ke Karak datang meleraikan keadaan. Dengan bom asap yang dilepaskan ke udara, barisan FRU yang siap dengan cota terus berlari ke arah kumpulan tersebut. Mulalah berkeliaran semuanya. Kedai-kedai di sekeliling masing-masing tutup..takut… FRU dapat tangkap seorang dari mereka. Dipukul..seorang lawan ramai. Ha pe lagi, habis kepala berdarah..

Kemudian dalam 15minit kemudian….

Entah apa yang dianginkan, datang sekumpulan pemuda lagi. Dorang tiba-tiba je tendang-tendang & musnahkan sayur-sayur di salah sebuah kedai sayur di tepi jalan berhampiran dengan Restoren Saudi. Sayur-sayur habis dimusnahkan, dipunggah. Sayur-sayur bertaburan. Sekali lagi FRU melepaskan bom asap.. Budak-budak baling batu… Lari bertempiaran…

Aku dapat bayangkan, beginilah agaknya susana di Palestin..Iraq.. & lain-lain kawasan yang de huru-hara.

Kami berselindung di kedai ayam tersebut.

Aduh…Pediah mata aku & kawan-kawan sebab bom asap tu merebak ke udara. Tekak mula rasa lain, hidung sakit.. Kami masing-masing menyumpah.

“Dorang tak de pulak nak sembur-sembur air eh?”

“Ala dorang tak de air. Air pun masalah”, Kami sambil mata pedih sempat lagi bergurau-senda. Memang di Jordan ni tu la, masalah air. So tak la pula nak sembur-sembur air.Hohoho..

Aku pun tak tahu la pe masalahnya huru-hara tersebut. Sama ada harga naik, atau de gaduh antara family. Yang aku faham, pak cik van yang kami naik untuk angkut barang-barang ke rumah Abe kata punca gaduh adalah kerana 2 orang polis dengan orang awam. Entah la, tak pasti la kisah sebenarnya.

Itu la serba-sedikit kisah huru-hara di Mu’tah petang tadi. Sebenarnya peristiwa ni memang sering-sering berlaku di Mu’tah ni. Kerana pilihan raya, gaduh antara puak keluarga dan sebagainya.

Arab dengan sifat suka bergaduh…

Itu pandang aku..

dscf07201 dscf07262

18 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span