Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 di Mu’tah

ROQS 2009
Salam Damai dari saya..

Seperti kebiasaan post-post yang lalu saya menggunakan panggilan ‘aku’, kini saya akan membahasakan diri dengan panggilan ‘saya’. Itu mungkin lebih sopan rasanya. Terima kasih.

Sebelum saya pergi jauh, saya mengambil kesempatan dengan mengucapkan Salam Israa’ Mi’raj. Peristiwa ini menjadi iktibar persinggahan Rasulullah s.a.w. ke Masjid Al-Aqsa.

Semarak Ruh Perjuangan, itulah tema bagi satu aktiviti berbentuk ceramah yang dianjurkan oleh  Aman Palestin dengan kerjasama Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ), Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) dan juga Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (MSD).

Program ini bagi saya adalah julung-julung kali diadakan di Jordan di mana penceramah yang datang khas dari Aman Palestin turun bagi memberikan penjelasan dan penerangan berkenaan tentang isu Palestin yang merupakan jiran bagi Jordan ni. Program ini bermula dari Mu’tah kemudian akan ke Mafraq, Amman dan akhirnya ke Irbid yang mana keempat-empat zon di Jordan inilah terdapatnya pelajar-pelajar Malaysia. Program ini saya kira baik bagi menjelaskan isu Palestin yang dari dulu sampailah sekarang masih ditindas teruk oleh Rejim Zionis Israel yang mengaku dengan gaya angkuhnya bahawa itu adalah tanah negara mereka.

Program yang baru sahaja selesai di Mu’tah tadi berjalan dengan baik. Penceramahnya adalah  Mejar Nadzri Bin Musman seorang yang peramah dan perunding wakil dari Aman Palestin bagi memberikan ceramah berkenaan Palestin kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ini. Terima kasih atas tuan bagi menceritakan kepada kami tentang isu ini dan kesanggupan beliau turun bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sini yang dahagakan isu-isu semasa sebegini yang mana saya kira memang susah untuk diadakan di sini dari mana-mana pihak sebelum ini atas dasar polisi Jordan yang begitu sensitif berkenaan isu ini.

Saya baca di akhbar-akhbar negara di ruang internet, blog-blog mahasiswa di Malaysia memang begitu bersemangat dalam menyentuh berkenaan isu tersebut, isu Palestin. Memang isu ini tidak lapuk untuk di bincangkan, untuk dikongsi bersama dan diterangkan kepada seluruh masyarakat Islam kerana ia berkaitan dengan tanah suci Islam sendiri dan tempat sejarah bagi umat Islam. Biarlah kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa melayu ini pergi membantu rakyat Palestin sedang bangsa Arab sendiri berdiam diri tidak mahu terlibat secara langsung berkaitan dengan negara jirannya itu. Siapa lagi kalau kita umat Islam sendiri kan.

Walaubagaimanapun kita sebagai pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Jordan ini kena akur dan bertindak secara bijak atas sensitiviti berkaitan dengan isu berkenaan kerana dasar polisi negara Jordan ini. Kita buatlah sekadar yang termampu bagi membantu saudara kita nun di sana. Teruskan apa-apa tindakan yang dikira baik bagi membantu mereka. Moga apa yang kita buat ini mendapat meringankan bebanan saudara kita di sana dalam menentang Rejim Zionis itu dan mudah-mudahan Allah Taala membantu mereka-mereka yang berjuang dalam agamanya, amin.

p/s: untuk makluman lanjut tentang program ini bolehlah anda melawat ke link ROQS 2009 ini.

5 Comments »

Selamatkan Gaza


 

Salam Buat Kalian..Di waktu sekarang ni aku tengah menggigil-gigil menaip jari-jemari ni ke muka keyboard laptop LG ku ni. Bukan menggigil kerana tagihkan dadah, gigil kerana ketakutan atau sejenis dengannya, tapi aku menggigil kesejukan ok. Sekarang ni musim sejuk di sini. 8hb ni bermulalah kertas pertama untuk nihae fasal awal kali ni. Tapi aku sempat lagi untuk menaip secebis pendapat apa yang berlegar-legar di fikiranku ini.

Semalam, dalam jam 8malam aku bilang, diadakan liqa’ atau dalam melayunya adalah pertemuan antara pimpinan mahasiswa Mu’tah, PERMATA, wakil BKAN di Mu’tah dan wakil MPPM di Mu’tah. Pertemuan ini bukanlah merupakan berlakunya satu program atau satu mesyuarat. Akan tetapi ia merupakan perbincangan antara kami tentang isu Gaza yang hangat diperkatakan, hebat dibicarakan, rancak dikecohkan di mana-mana kaca television mahupun di dada-dada akhbar. Palestin, adalah jiran sebelah yang berdekatan, hampir sangat dengan Jordan. Memang semangat kawan-kawan aku dalam mengadakan perjumpaan sebegini, syabas aku ucapkan buat saudara Syafiq Syafie dan saudara Lutfi Hafifi yang peka dalam isi ini.

Rata-rata semua tempat mengadakan aktiviti dalam membantah keras tidakan ‘syaitan’ si Yahudi Israel itu. Rata-rata semua tempat mengadakan pelbagai cara, dari segi boikot barangan ‘sejahanam Yahudi’, mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan, menghantar apa-apa memo baik artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, berita, menghantar segaja jenis bantuan dari segi ubatan, pakar doktor, kutipan derma dan sebagainya. Semuanya itu bagi membantu saudara seagama kita di Palestin, Gaza.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai jenis lontaran idea, pendapat, cadangan, serta juga cerita dari kawan-kawan. Aku mendengar dengan teliti. Saudara Ifwat (Timb. Presiden MPPM sesi 2008/2009) ada menceritakan dalam slot tazkirahnya, dia mengatakan bahawa orang arab sendiri walaupun sebangsa pun tidak membantu. Dunia arab masing-masing berdiam diri, walaupun berjiran. Hanya mementingkan semangat kenegaraan sahaja. Bukan menilai dari sudut membantu saudara seagama, darah Islam itu sendiri. Dalam ceritanya, “semalam saya mendengar cerita guard di universiti Mu’tah mengoyak poster-poster berkenaan kesedaran Palestin“..dia juga mengatakan, terdapat sekumpulan pelajar arab Jordan yang main-main untuk menyindir tunjuk perasaan yang di buat oleh pelajar arab Palestin di sekitar jameah (universiti).

Selain itu juga, Saudara Syaheed (Presiden PERMATA sesi 2008/2009) menambah dalam tazkirahnya menceritakan dalam kelas Tarikh Askarinya, Doktor yang mengajar tiba-tiba bertanya kepada para pelajarnya tentang keluasan Gaza di Palestin. Semuanya tunduk, senyap tanda tidak tahu. Kemudian Doktor bertanya lagi tentang berapa ramaikah yang mati sekarang di Gaza. Semuanya senyap, tidak tahu. Ketika dia berbincang dengan presiden wafidin (mahasiswa luar Jordan) tentang program haflah khirij ( majlis konvokesyen untuk mahasiswa luar Jordan) untuk mengadakan sedikit tayangan tentang kesedaran Palestin ditolak mentah-mentah. Aku mendengar pun pelik dan perkara yang diceritakan menyedihkan.

Kalian bayangkanlah bagaimanakah keadaan saudara kita di sana yang mana bekalan elektrik disekat, dengan keadaan sekarang ini adalah musim sejuk. Roket-roket Yahudi itu menghancurkan tubuh-tubuh saudara kita. Keganasan tentera Yahudi bagaikan ‘dahagakan darah, laparkan daging’ terhadap saudara kita. Apakah sumbangan aku, sumbangan kamu, sumbangan kalian kepada saudara-saudara kita di Palestin, Gaza?

13 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span