Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Kira-Kira..

Salam Alaik & Salam Sejahtera pada kalian semua..

yuHuuu!!! Apa khabar semua? Sihat ke? Harap kalian semua sihat-sihat semuanya. Hari ni (17hb Ogos 2008) (tapi time aku taip new post ni jam pn dh kul 12.40pg waktu Jordan, kiranya dh 18hb Ogos 2008 la ) aku de 2 paper, pg td jam 8.30 paper Wasoya, pastu jam 11.00pagi paper Asalib Bahas. Hai pening kepala la nk jawab soalan td.ha3…Apa-apa pun aku jawap penuh je, tulis bg penuh jangan tinggal satu apa pun, tapi tak pasti la betul ke salah.ho3…(harap2 semua jawapan betul la & dapat markah yang hebat2, amenn…)

Ok ok hari ni aku nk cerita kan pasal ‘kira’. Ha korang tau tak apa itu kira? Kira ni kalau ikutkan aku la kn, adalah berkaitan dengan membilang. Manakala membilang pula berkaitan dengan mengira.hohoho pening tak? Ha ni la terjadi bila kepala ting tong. Tadi ada idea nk taip, ni pula dah hilang.Hai..apa2 pun aku teruskan juga la taip apa yang patut. Harap korang semua jangan la mengamuk ye atas ketidakpuasan pasal entry kali ni agak pelik sikit. Apa2 pun layannnnnnn…

Hmm ‘kira’…’kira’ ini kita boleh tambah beberapa imbuhan. Seperti contoh, ‘mengira’, selain tu ‘berkira’ , boleh juga jadi ‘pengiraan’ dan sebagainya. Ha aku bukannya nak cerita pasal ‘kira’ ni, sebab ‘kira’ asasnya perkataan ‘kira’ ni sangat luas pengunaannya. So aku cuma ambil salah satu dari perkataan ‘kira’ ni dengan imbuhan ‘ber..’ iaitu ‘berkira’.

Ha korang tau apa itu maksud ‘berkira’. So tak perlulah aku panjang lebarkan maksud ‘berkira’ ni, harap korang semua, eh silap,…harap kalian semua tau apa maksudnya.hiHihi..

So di sini aku nak tanya pada korang la kn, soalannya seperti berikut;-

  1. Adakah patut kita perlu ada orang yang ‘berkira’?
  2. Sebab apa perlu kita ‘berkira’?
  3. Apakah kesan orang yang ‘berkira’ sangat ni?
  4. Agak-agak la kan, korang bengang tak pada orang yang suka ‘berkira’ ni? Sebab apa, sekiranya korang tak bengang, sebab apa pula?
  5. Apa kita nak ajar orang yang suka ‘berkira’ ni?

p/s: Hai aku memang serius sangat, yang aku cukup-cukup tak suka orang yang ‘bekira’ ni. Arghhhhhhhhhhh!! BENCI!!!!! Boleh bla la kalau orang camtu. Kita duduk bermasyarakat, bukannya kita duduk sorang-sorang. Kalau nak duduk sorang-sorang, g la dok hutan nun..

2 Comments »

Warna-Warna Kehidupan

Salam Sejahtera dan Salam Alaik pada kalian-kalian semua…

cAk!! Ha apa khabar semua, di petang yang bosan ni aku saja je taip-taip post baru dalam blog ‘Duniaku Hijau’ ni, hmmm saja nak isi masa bosan ni.

Kali ni aku nak bawa korang satu alam, ha nak tau apa alamnya..Ha mari la ikut!! yiHaaa!! Ohye, sebelum tu, kita buat 1 game dulu ek. Ok, mula-mula korang beridir tegak. Pandang diluar tingkap, kalau yang tak de tingkap, sila la ke luar. cari kawasan yang bolehkan kita lihat dengan jarak sekilo meter. Ok sekarang korang lihat sejauh sekilo meter kehadapan. Ha de apa-apa tak? Ok sambil lihat tu, korang tarik nafas dalam-dalam, kira 5 saat. Kemudian lepaskan, ok sekali lagi. Lakukan tarik nafas dan hembus nafas tu sebanyak 4 kali. Dengan keadaan melihat  sekilo meter kehadapan dalam menarik nafas dan menghembus nafas tu, apa yang korang dapat lihat? Ok sila la bagi jawapan korang masing-masing dalam ruang komen di post blog ni. Sila la ek, aku nak tau jawapan korang masing-masing. Mungkin kita dapat berkongsi bersama..Terima Kasih atas sokongan korang.

Ok balik pada tajuk, hari ni aku nak cerita pasal keCERIAan. Ha apa itu keceriaan? Bagi aku la kan, keceriaan tu adalah satu benda dalaman yang mempunyai kuasa atau kekuatan dalam merentasi onak duri kehidupan. Dengan keceriaan ni, kita cukup mudah didampingi dalam persahabatan. Jangan sesekali lara yang menghantui diri korang tu, lupakan segala kenangan pedih, ketepikan sikap negatif. Cuba kita sama-sama tingkatkan jati diri, semaikan di hati dengan sejuta senyuman =) Lemparkan senyuman pada semua orang, dengan sapaan yang baik seperti contoh beri salam ke, say hai ke, say cAk!! ke, apa-apa la. Janji benda tu baik kan. Nescaya kepahitan tidak akan menghampiri jalan bahagia.

Ha itu la alamnya, alam keCERIAan…So, apa kata korang pulak?

senyumseidahsuria

6 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span