Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Melawat ke tapak pengusahaan cendawan

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Hari ini merupakan hari ke 7 kita menjalani ibadah puasa dengan baik. Mudah-mudahan segala amalan kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini diterima oleh Allah Taal, insyaAllah amin ya Rob..

Hari ni pagi saya bersama mak dan adik kedua pergi melawat sebuah tapak pengusahaan cendawan kecil-kecilan di Taman Cerry. Ianya dibuat di sebuah tapak kilang lama. Diusahakan secara kecil-kecilan. Tuan pengusaha ini merupakan kawan mak saya. Namanya kak Ila. Anak sulong.

Beliau mengusahakan cendawan ini sudah lama. Dibantu oleh ibunya sendiri dan adik-beradiknya yang lain. Beliau mengusahakan cendawan bermula dengan membeli bungkusannya kemudian mula bertapak sedikit demi sedikit. Kini beliau mampu menghasilkan cendawan sendiri dan sudah mempunyai pasaran yang kukuh. Berkat usaha gigih sebelum ini banyak wang yang dibelanjakan, banyak juga kerugian yang dialaminya dan kini sudah mampu tersenyum hasil titik peluhnya.

Melalui sesi lawatan ini, saya mendapat beberapa faedah yang boleh dikongsi bersama dengan para pembaca, iaitu:-

  1. Perniagaan ini memerlukan kekuatan semangat daripada pihak keluarga sendiri. Setiap kemajuan, kejayaan, dikecapi dengan sokongan padu daripada keluarga.
  2. Bagi membina empayar perniagaan, lebih elok perniagaan ini dibina melalui kekuatan keluarga juga. Maksudnya dengan bantuan keluarga, kerja dan berniaga bersama keluarga. Ini lebih hebat kerana kelebihan perniagaan keluarga ini mampu membawa kepada keluarga yang hebat dan bahagia. Lihat seperti kaum cina, mereka berdiri perniagaan mereka dengan perlibatan keluarga bersama. Dari pakcik, anak sedara, mak ayah semuanya menjalankan perniagaan bersama. Perniagaan keluarga gitu.
  3. Setiap perkara yang kita citakan, yang kita matlamatkan perlu mempunyai semangat, usaha yang gigih. Bukan mudah untuk berjaya, tetapi sangat mudah untuk gagal. Kiranya gagal jatuh, cepat-cepatlah bangkit, dan lawan ia untuk kembali bertapak menuju kejayaan. Orang yang mudah putus asa itu orang yang gagal terus menerus dalam kehidupannya.
  4. Belajarlah dengan orang yang arif. Jangan bertindak dengan sifat sombong. Buang sifat ego. Tambah ilmu dengan sesiapa sahaja. Tambah ilmu sehingga daya.
  5. Bina kekuatan, binalah dari peringkat bawah dahulu. Kemudian naiklah sikit-sikit secara berterusan dan gigih berusaha. InsyaAllah Allah bersama orang yang cekal berusaha menuju kejayaan.

Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya tangkap sepanjang lawatan ringkas ini. Mudah-mudahan ianya menjadi panduan dan suntikan semangat kepada mana-mana insan yang mahu berjaya. Sedikit pesanan buat diri saya dan juga kepada para pembaca..

Peluang sudah ada, cuma rajin tidak rajin sahaja untuk usahakannya.

Advertisements
Leave a comment »

Hubungan Baik Dengan Umum

Perhubungan awam merupakan satu faktor paling penting bersosial dalam masyarakat luas. Ini dapat kita lihat sendiri hubungan antara perniagaan kita dengan pelanggan, hubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Ada pelbagai jenis cara untuk mendapatkan perhubungan awam. Salah satu cara adalah melalui penyebaran buletin ringkas beserta dengan borang komentar, di mana kita dapat berkongsi berita tentang peristiwa atau prestasi dalam syarikat atau organisasi. Bentuk perhubungan awam ini memberikan kita kawalan penuh dalam memastikan syarikat atau organisasi kita dapat di kenali ramai kepada awam. Orang awam yang berada di sekeliling kita ini  adalah orang yang  kemungkinan besar mempunyai pelbagai jenis perniagaan seperti anda sekiranya anda mempunyai sebuah perniagaan , mereka itu kemungkinan adalah pelanggan kita, mungkin juga pesaing kita, dan peminat kita.  Jadi apakah tanggapan orang awam terhadap kita dalam kita menjalankan perniagaan kita selama ini atau kita sebagai salah satu pimpinan dalam menerajui sesebuah organisasi?

Ketika mengeluarkan buletin, kita perlu memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah menarik kepada para pembaca. Tajuknya dapat menarik perhatian pembaca dan mendorong mereka untuk terus membaca. Testimonial dan sejarah perniagaan kita, organisasi kita serta isu semasa berkaitan dapat membina kredibiliti kita, dan menunjukkan kepuasan pelanggan dengan perniagaan  dan produk kita. Pastikan juga komen dalamnya memberikan fokus kepada anda.

Respon yang baik  dari pelanggan yang puas dengan perkidmatan kita dapat membawa kita kepada pangkalan memperluaskan pengaruh awam, tetapi pada masa yang sama sekiranya terdapat respon yang  negatif dari pelanggan yang tidak berpuas hati ia boleh menyebabkan kerosakan besar perniagaan atau organisasi kita. Apabila dalam pertemuan satu-satu pelanggan, kita haruslah memberikan penerangan secara terang, ikhlas dan jujur. Pelanggan kita layak mendengar dan memberi maklum balas dalam kita memperbaiki apa yang kurang dalam perniagaan atau organisasi kita ini. Luangkan masa untuk mendengar pertanyaan mereka dan berkomentar kerana ia dapat membantu kita untuk memahami keperluan mereka dan memastikan mereka puas hati dengan perkhidmatan yang telah kita berikan. Jika kita hanya bercakap sahaja tanya mendengar apakah kehendak dan komentar mereka, kemungkinan besar, pelanggan kita akan merasa tertekan  dan kita berisiko kehilangan jualan, serta pelanggan-pelanggan yang berpotensi.

Menjaga hubungan dengan orang awam merupakan aspek penting dalam mempromosikan perniagaan kita dan membina pangkalan pelanggan yang solid. Bukan sahaja, malah ia memberikan satu impak besar dalam kotak pemikiran orang awam tentang kita, mereka sentiasa mengingati nama kita  supaya mereka akan datang lagi untuk terus berurusan dengan kita.

Leave a comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span