Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2011

Salam Alaik dan Salam Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia..

Di kesempatan ini aku memohon maaf atas segala kesilapan yang telah berlaku kepada sesiapa yang mengenali diriku ini sama ada ianya perbuatan  salah laku yang tidak disengajakan mahu pun sengaja, mohon maaf sangat-sangat yer.

Kita sudah masuk ke fasa awal di bulan Ramadhan yang merupakan bulan berkat. Bulan yang diwajibkan ke atas umat Islam untuk berpuasa. Bulan ini jugalah bulan yang diberikan oleh Allah Taala kepada hambaNya berlipat-lipat kali ganda ganjarannya. Rebutlah ia dengan gaya bebas kalian selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat. Beramal soleh lah kita sebanyak yang mampu, berzikir hebat lah kita sebanyak yang mampu, bertadarus quran lah kita sebanyak yang boleh, bersedekah murni lah kita sebanyak yang boleh, mudah-mudahan apa yang kita lakukan itu mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Aku menasihati diriku sendiri dan juga kepada kalian supaya kita perhebatkan amalan di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah ini merupakan kali kedua aku berpuasa bersama keluarga pada kali ini sejak pulang dari bumi Jordan pada bulan 6 tahun 2011 yang lalu. Berbeza menjalani ibadah puasa di sana dengan di Malaysia. Walaubagaimana hebat pun, walaubagaimana meriah pun sambutan bulan puasa di sana, negara tercinta jugalah tempat kita datang dan pergi.

Dengan kalimah bismillah, aku menucapkan selamat menyambut bulan Ramadahan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa, puasalah bersungguh-sungguh bagi dapat A+ tau.

Tulis ikhlas dari

~Rebina Biru~

Advertisements
Leave a comment »

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Alaik..

Sekarang kita berada di bulan baik, bulan mulia, bulan yang penuh dengan berkat. Itulah ia, Ramadhan Al-Mubarak. Salam Ramadhan kepada semua. Moga bulan ini kita lebih baik berbanding tahun lepas. Sempena bulan puasa ini saya memohon maaf sekiranya saya ada melakukan salah silap pada kalian.Kat atas tu kad puasa khas untuk kalian. Siapa nak boleh klik dan simpan.

Sekarang ni saya dalam musim cuti semester yang panjang. Rata-rata cuti ni kawan-kawan mengambil peluang untuk pulang berpuasa dan raya bersama keluarga. Sekarang ni bilangan kawan-kawan yang tinggal hanya sedikit bilangannya.

Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kali ketiga saya puasa di Jordan. Keluarga jauh nun di Malaysia. Saya tidak balik bercuti seperti kawan-kawan, saya rasa lebih baik saya memilih untuk tidak balik. Mahu puasa di sini. InsyaAllah ini merupakan Ramadhan saya yang terakhir di Jordan kerana saya akan habis pada awal tahun depan. Jadi saya tidak tahu bila lagi saya akan berpuasa di sini (Jordan) lagi. Doakan saya habis belajar sem awal ini eh dengan membawa kejayaan. Terima kasih semua 🙂

Seperti kebiasaan, di tanah Jordan ini akan muncul ‘kuih’ setahun sekali je, ha itu pun time puasa je yang mereka panggil namanya kataef. Ha apa itu kuih tersebut, silalah baca di post saya yang lepas di sini.

p/s:- tak tahu nak taip apa lagi dah. Tak ada idea. Kalau sesiapa ada idea sila berikan cadangan di ‘peti komen’ eh. Terima kasih

2 Comments »

Sekali sekala

Masa mula-mula sampai, aku masih ingat lagi kataef. Apa benda tu? Ha korang semua nak tau ye? Bagi orang yang dah tau, khususnya pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ni mesti la tau kan pe benda tu.hi..

Benda ni setahun sekali munculnya, cam lemang la kan kat Malaysia. Tapi kataef ni muncul bila menjelangnya Ramadhan. Kedai-kedai roti mahupun kedai-kedai halawiat (manisan) mula la menjalankan perniagaan mereka menjual kataef. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Setengah kilo 30 qurush je.  Kalau dalam ringgit Malaysia dalam RM1.45 la. (ikut currency pada tarikh hari ni adalah JD1 = RM4.837).

Mula la berpusu-pusu arab beli, tidak kurang juga budak-budak kita beli. Kataef ni bentuknya bulat, di buat daripada tepung. Cam apam balik pun de,tapi lain sikit. Hai cmne ye aku nak terangkan, apa-apa pun aku dah letakkan sekali gambar di bawah ni, so korang leh lihat bagaimana rupa kataef tu. Kataef ni di makan dengan qisytoh, krim putih yang di jual di kedai-kedai arab ni. Di jual dalam kotak mahupun dalam tin. Qisytoh ni di kacau sekali dengan gula mengikut kadar korang sendiri. Untuk lebih menarik lagi rasanya, ianya boleh di kacau sekali dengan sedikit krim cokelet. Pastu kacau bagi betul-betul ianya sebati dan cair krim. Hai cam slot mari memasak pula.ho3..

Ada juga jenis kataef yang di jual seolah-olah bentuk seperti karipap,di goreng, dan di dalamnya ada manisan. Ni je la kueh yang di hidangkan bersama juadah lain ketika berbuka di samping dengan halawiat-halawiat yang semuanya manis-manis.
Ok lah kawan-kawan, moga kita berjumpa lagi di lain rancangan. Selamat Berbuka…
p/s :- Sepanjang Ramadhan ni aku asyik post pasal makanan je kn. Hai teringat la pula kueh-kueh di Malaysia yang beradeka jenis, dengan popianya, keria, apam balik, karipap, tepung pelita, buah melaka, seri muka, samosa, tepung talam, kuih cara, isyh bayak lagi la, dan macam-macam.

11 Comments »

Selamat Menyambut Ramadhan:.

ASSALAMUALAIKUM WBT……

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA……

saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S..W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

9 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span