Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Apa itu epal?

Salam Alaik & Salam Sejahtera pada kawan-kawan. Harap korang ceria-ceria selalu.

Ok kali ni aku nak kongsi sedikit maklumat tambahan mengenai E. P. A. L. (ha harap korang dapat eja dengan hebat). Maklumat ni aku tambah berikutan dengan entri  aku yang lepas. Hmmm maklumat tambahan ni aku ambil dari kawan blogger aku, saudara Mahsyar. Terima kasih atas beliau..hoHoho..

 

 

Ini adalah antara khasiat epal untuk maklumat tambahan untuk korang. Harap korang semua bahagia membacanya.YiHaaaa!!..

  • Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat. Kalau sebulan korang amik 30 biji epal dah berapa kilo serat dalam perut korang?
  • Epal juge mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah. Anti oksida juge membantu mengurangkan kedut-kedut dan bintik hitam di muka bak iklan nevia visage tu.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu mengekalkan berat badan. (sebab ada fiber, yang boleh mengurangkan kolesterol dalam badan)

 

Korang suka makan epal tak? so makan lah dengan enak. Epal bukan saja mengandungi vitamin C yang boleh mengurangkan risiko kanser dan menghalang kerosakan DNA, malah epal juga untuk pengetahuan korang dalam epal ni kan ada sejenis bahan kimia yang boleh melindungi otak dari penyakit seperti parknson dan alzheimer’s.

Epal ni juga kan boleh buangkan sisa-sisa makanan yang terperangkap pada gigi tau, memang sesuai sangat lah ia jadi sebagai pencuci mulut selepas makan. Apa-apa pun kesimpulannya epal adalah warna hijau dan merah. Kalau ada yang warna selain tu, ha tolong bagi tahu aku k..aku tak penah lagi tengok epal warna lain. Lampirkan sekali picture nya sekali k..

Ok semua, moga kita bertemu di lain waktu dan masa yang sama. TaTa…dan Salam Alaik Salam Ceria =)

 

 

 

6 Comments »

.:Epal Jordan:.

Salam Alaik & Selamat Sejahtera Semua..

Kali ni aku nk cerita pasal buah yang namanya epal. Sekarang ni kan musim buah di Malaysia kn, so aku dan kawan2 seperjuangan yang tak balik ni kena la makan buah-buahan yang ada di Jordan ni ha.ho3…Hai teringat pulak buah durian, maggis, rambutan dan beberapa buah-buahan yang hebat khasiatnya di Malaysia. Masti rakyat-rakyat Malaysia sekarang ni tengah lazat menikmati buah-buahan tempatan kn, aduyai…bestnya kn. Dah lama tak makan durian, rambutan dan buah-buahan tempatan lain. Hai sedapnya kn…

salah sepohon pokok epal di belakang rumah aku di Jordan

Ha balik pada tajuk, epal. Kalau di ejanya E.P.A.L. Pokok epal ni kecil , mencapai 5-12 m tinggi, dengan lebar, selalunya  berpadat beranting. Bunganya dihasilkan sejak pada musim bunga lagi. Sekarang ni musim panas di Jordan, so memang banyak epal. Bukan la nk cakap besarkn, ni adalah realiti, pokok epal kt belakang rumah kami je. Ha mesti de pihak-pihak yang tak percayakn, sungguh…serius aku tak tipu..Kalau korang tak caya tanya la kawan-kawan aku yang kenal kami ni.

Antara buah yang terdapat di Jordan pada musim sekarang ni selain epal (tufah), delima, tembikai susu (syamam), anggur (inab)…hmmm pe lagi ek. Ohye,tembikai merah pn ada juga, tapi tak berapa manis cm di Malaysia.

epal hijau yang segar2

Ha sebab apa aku tetiba je kan cite pasal epal ni, bukan pe, just nk penuhkan hasrat seorang kawan aku ni. Dia kata nk tengok sangat pokok epal. Macam mana la agaknya pokok epal katanya. So aku cite la pasal epal, siap sekali dengan gambar pokok & eaplnya sekali. Harap dengan aku bercerita ni dapat dikongsikan serba-sedikit ilmu sesama kita. Selain tu, leh la juga kawan-kawan yang khirij leh tengok pokok & epal Jordan ni, mana la tau korang rindu kn,hi3..

Ok sila kn makan…=)

p/s; Apa-apa pn aku rindu gile nk makan buah-buahan tempatan…Rambutannnnnnnnnnnnnnnnn…Duriannnnnnn..tunggu aku!!

9 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span