Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Mengawal keadaan kelas

Sejak terjun ke  dunia pendidikan ini banyak yang aku belajar. Tapi masih lagi ada yang kurangnya. Bukan mudah menjadi seorang guru sebenarnya. Ianya bukan sahaja memerlukan persiapan ilmu sahaja, malah emosi juga perlu dipersiapkan dengan keadaan baik. Sejak bergelar guru ni, barulah aku faham dan susahnya untuk mengawal disiplin pelajar. Membentuk tanah liat mungkin mudah, membentuk kertas jadi kapal kertas mungkin mudah, akan tetapi untuk membentuk manusia menjadi manusia itu susah.

Setiap guru mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyampaikan pengajaran mereka kepada pelajar. Bagi aku, masih lagi di tahap mencari cara yang terbaik bagi memberikan kefahaman yang terbaik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Aku suka membuat nota dalam bentuk peta minda dan melukis. Tapi masih belum lagi mahir bagaimana untuk menarik minat pelajar agar memberikan fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran aku ini. Sebelum ni pernah jugalah aku membuat origami dalam mengajar subjek bahasa Arab, menyusun puzzle, melukis gambar, pilih sampul warna-warni yang mempunyai pelbagai soalan, nota dalam bentuk peta minda, dan membawa mereka berimaginasi.

 

Awal sesi P&P dalam 5 minit boleh lagi mereka ikut arahan, tapi lepas tu mulalah ada yang merayau-rayau tak reti duduk tempat sendiri, mengusik kawan, buat bising dan sebagainya. Walaupun banyak kali aku pulas telinganya, menyuruh bertenang dengan tinggi suara, tapi masih lagi mereka begitu.

Mungkin anda ada teknik atau cara yang lebih berkesan untuk membantu aku dalam menangani masalah tersebut 🙂

  

Leave a comment »

Apakah Ciri-ciri Penceramah Yang Hebat?

Salam kepada semua manusia pemikir. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit kaji selidik mengenai ciri-ciri seorang pemidato mahupun penceramah yang hebat? Ini merupakan satu pemerhatian yang telah saya buat sepanjang saya memerhatikan ragam manusia yang bergelar penceramah. Saya suka melihat gaya-gaya beberapa tokoh motivasi, tokoh penceramah mahupun tokoh pimpinan negara berucap di kalangan khalayak ramai. Semua mereka ini mempunyai gayanya yang tersendiri. Saya juga menanam cita-cita mahu menjadi seperti mereka. Mereka hebat melontarkan idea-idea, fakta-fakta, info-info, tips, maklumat, langkah-langkah secara sepontan. Semua ayatnya tersusun rapi, tanpa sebarang sekat-sekat pun. Lancar sahaja idea mereka ketika memberi ucapan.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri dari seorang penceramah yang sangat berjaya yang sering menjadi bualan masyarakat. Mudah-mudahan perkongsian ini menjadi bahan yang bermanfaat kepada diri saya dan juga kepada para pembaca semua.

1.Mereka datang lebih awal dan memeriksa sistem suara sebelum bermulanya majlis.

2.Mereka bercakap tentang subjek yang mana pendengar mahu dengar, seperti isu-isu yang menarik, perkara-perkara yang masih belum dibincangkan, hal-hal yang patut dititikberatkan dalam masyarakat, tips-tips yang berguna dan sebagainya yang mendatangkan manfaat dalam kehidupan harian kita. Mereka juga menggunakan kata-kata dan bahasa tubuh yang menunjukkan ghairah mereka dalam menyampaikan sesuatu subjek tersebut.

3.Mereka bersama audiens mereka dalam beberapa minit pertama dengan menceritakan sesuatu yang memukau, sebuah kejadian lucu, kenyataan mengejutkan atau mungkin puisi-puisi, rangkap pantun dan sebagainya. Mereka tahu bagaimana membuat  pembuka bicara mereka berkaitan dengan bahan-bahan subjek tersebut.

4. Mereka seorang yang beranni. Mereka tidak hanya mengatakan apa yang penonton ingin dengar, tetapi apa yang mereka PERLU dengar. Dengan kata lain, perkara yang  mereka sampaikan itu dapat meningkatkan ransangan pemikiran penonton. Mereka memberikan penonton mereka beberapa idea-idea yang segar.

5.Mereka  membuat lebih dari 3-4 point dalam sesi ceramah mereka. Beberapa point yang diberikan dan dikongsikan bersama penonton itu lebih daripada 3-4 point bagi penonton membuat banyak pilihan dalam melaksanakan saranan daripada penceramah tersebut. Pilihan yang diberikan dapat membuatkan penonton rasa selesa. Bukan untuk mengelirukan penonton tetapi dengan tujuan mahu penonton sendiri diajak berfikir tentang hal yang dibincangkan itu. Bagi setiap point utama mereka akan menceritakan dan menerangkan dengan ringkas, jelas dan mudah difahami. Sebuah cerita yang bagus membangkitkan emosi dan menarik minat penonton mendengarnya.

6. Mereka tidak hanya memandang pada satu tempat sahaja ketika menyampaikan ceramah. Malah mereka memandang penonton dari segenap ruang. Baik dari kiri kanan hujung hingga ke belakang semuanya akan diperhatikan dengan baik. Hal ini membuat mereka kelihatan lebih tulus dan benar-benar hadir bersama penonton. Penonton yang berada di belakang seperti dihargai.

7. Sebelum menutup, mereka meringkaskan dan mengulangi point utama mereka. Mereka menamatkan dengan cerita inspirasi sebagai perkara yang boleh dibayang oleh penonton berkaitan tentang subjek yang disampaikan sebelum ini. Mereka dapat memegang penonton, dapat memukau penonton, sehinggakan subjek tersebut boleh diingati oleh penonton apabila pulang nanti.

8.Mereka tidak bercakap terlalu lama. Mereka tahu berapa banyak masa mereka telah ditetapkan dan mereka tidak melebihi itu. Mereka pandai untuk menggunakan masa dan mengaturnya dengan baik.
9.Mereka berlatih ucapan mereka beberapa kali sebelum majlis. Persedian yang lengkap itu perlu ada bagi setiap penceramah.

10.Semua penceramah ini berjaya dalam hidup mereka sendiri. Mereka dapat mempromosikan diri mereka sendiri. Mereka menjadi contoh panduan kepada penonton yang melihatnya.

Leave a comment »

7 Tips Untuk Membuat Anda Lebih Kreatif

Banyak perkara-perkara besar bermula daripada idea mudah dan idea yang kreatif.  Sumbangkanlah idea-idea anda yang terbaik bagi membantu orang lain dalam melakukan kegiatan harian dengan mudah. Semakin kreatif anda, semakin banyak idea yang boleh anda keluarkan. Anda terkadang tak terfikir tentang idea tersebut, tetapi dengan daya fikir anda yang kreatif dapat menghasilkan beberapa idea yang super power. Pernahkah ianya terjadi dalam kehidupan anda sebelum ni? Marilah berkongsi dengan saya di dalam blog ini.

Saya tahu banyak orang yang takut untuk menggunakan komputer untuk pertama kalinya. Namun, selepas menyelami ke dunia kini yang sangat memerlukan pengunaan komputer, mereka menjadi lebih selesa dan segala kerja mudah diuruskan serta diselesaikan dengan lancar. Mereka bersedia mengambil risiko dan membuat beberapa kesalahan.

Menjadi kreatif dan memikirkan beberapa idea dapat mengubah dunia menjadi lebih baik. Setiap orang boleh berfikiran kreatif tetapi mereka harus bersedia untuk memulakannya. Proses kreatif akan menjadi lebih baik dari masa ke masa apabila kita dapat melakukan pelbagai jenis latihan kendiri.

Di sini saya kongsikan bersama anda tips untuk membantu anda dalam kehidupan menjadi lebih kreatif:

1. Catat idea-idea anda tentang apa saja pada masa-masa anda dalam keadaan  selesa dan tenang damai. Yang penting adalah anda merakam idea-idea anda. Di masa lalu, saya lupa idea-idea yang saya fikir ketika mana saya sedang berjalan-jalan di shopingmall mahu pun di taman-taman. Sekarang saya membawa  buku kecil nipis seperti buku 555 simpan di dalam poket ke mana-mana sahaja. Di waktu serba hebat kini, penggunaan notebook mahupun notepad atau sebagainya semakin meluas penggunaannya, jadi gunakanlah dengan sebaiknya di waktu anda sedang melepak di mana-mana tempat yang mempunyai perkhidmatan WiFi. Itu ikutlah kepada keselesaan anda sendiri. Tetapi saya lebih selesa dengan membuat catatan di buku kecil sahaja. Terkadang sedang kita memandu kereta pun tiba-tiba sahaja idea tu datang. Tidak kira idea apa pun yang terlintas di kotak fikiran kita pada masa itu, yang penting kita cepat-cepat dapat merakamnya di mana-mana medium yang sempat kita capai. Kalau dibiarkan alamatnya idea-idea itu akan luput. Lainlah kiranya anda merupakan seorang yang kuat ingatannya. Anda tidak pernah tahu pun bila, di mana, dengan siapa, apa idea tersebut akan muncul. Oleh itu, sediakan buku kecil dan pen di dalam poket baju anda untuk membuat catatan.

2. Jangan membatasi diri anda pada idea-idea yang nampak sahaja. Fikirkan sesuatu yang pelik dan anda lihat apa yang nampaknya mustahil bagi diri anda  atau bagi diri orang lain. Kebiasaaannya benda yang merapu pun adakalanya apabila difikir-fikirkan balik ada rasionalnya dan mampu membuahkan hasil yang sangat hebat.

3. Tukar pemandangan anda atau tempat anda. Perubahan dalam pemandangan dapat merangsang kreativiti dalam diri anda. Sebuah perubahan mungkin sederhana seperti melihat ke luar jendela, ubah kedudukan meja belajar anda, ubah struktur dalam bilik tidur anda. Anda juga boleh melawat suatu tempat baru seperti pantai, taman, atau mall. Persekitaran baru dapat memupuk idea-idea baru.

4. Banyakkan membaca. Banyak perkara dalam kehidupan harian kita ini yang kita sendiri tidak mengetahui. Bacalah apa-apa jenis topik yang luar bidang kita atau perkara-perkara  sama sekali tidak berkaitan dengan diri kita, ia dapat mendorong idea-idea baru. Dengan memperluaskan pengetahuan, anda berpotensi untuk melahirkan daya fikir yang kreatif.

5. Berjalan-jalan, adakan sesi lawatan sambil belajar mahupun melancong ke mana-mana tempat yang menarik. Kata orang, luas perjalanan, luas pemandangan, luaslah ilmu pengetahuan. Ada juga orang kata, luas perjalanan, luas jugalah duit keluar.hahaha..Anda boleh jalankan aktiviti ini dengan kadar yang sederhana dan murah. Tertakluk kepada ekonomi anda sendiri. Beberapa idea terbaik saya berlaku ketika saya sedang jalan-jalan menikmati waktu lapang.  Saya telah melihat gelagat  orang lain , ada yang sedang menulis artikel, melukis sebelum berjogging. Perkara yang kita lihat luar daripada aktiviti yang kita pernah buat. Pelbagai ragam itulah dapat melahirkan idea-idea yang kreatif.

6. Luangkanlah masa dalam 10-15 minit sehari untuk anda berikan ruang latihan berfikir secara kreatif. Ini tidak mengambil masa yang lama untuk melakukan brainstorming dalam menghasilkan beberapa idea yang berpotensi. Bahkan, brainstorming bekerja paling baik apabila dilakukan untuk jangka masa yang singkat. Menumpukan selama beberapa minit di banyak menghasilkan idea-idea untuk mengatasi perkara-perkara tertentu atau masalah. Kemudian  apa yang terlintas dalam fikiran sepanjang aktiviti singkat tersebut cepat-cepatlah anda catatkan dalam buku kecil. Anda akan memperolehi beberapa idea untuk dipertimbangkan cuma anda perlu luangkan hanya sedikit masa sahaja. Salah satu daripada idea-idea anda mungkin boleh digunapakai menjadi sesuatu yang luar biasa bagi membantu orang lain.

7. Berfikiran lapang. Soalan apa yang bermain difikiran anda sekarang ini? Sebarang jenis soalan yang berkaitan tentang masalah dan kehidupan kita boleh dijadikan satu medium untuk mencetuskan idea-idea yang kreatif.  Semakin besar pertanyaan, semakin besar kesan idea-idea tersebut akan muncul. Anda boleh bermula dengan membincangkan masalah yang lebih kecil dahulu, kemudian barulah ke peringkat seterusnya yang lebih besar. Anda mempunyai pengalaman unik, pengetahuan dan bakat yang harus dilaksanakan untuk membantu orang lain dalam skala besar juga dapat menghasilkan idea kreatif.

Cumalah tip-tip di atas dan anda akan berada di dalam keadaan yang hebat dalam menghasilkan idea-idea yang mempunyai potensi untuk mengubah dunia, siapa sangka kan? Hanya idea yang kecil, ia boleh membantu masyarakat. Jangan biarkan diri anda dalam keadaan kekurangan sebelum ini, daya kreatif yang anda fikirkan membuatkan diri anda  membangun dan boleh menyumbangkannya kepada orang lain. Mulakan hari ini.

1 Comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span