Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Cari idea untuk buat logo

Sekejap je esok adalah hari Khamis. Malam ni sedang mencari idea untuk buat logo. Ilham tak datang-datang dari tadi. Tak tahulah kenapa. Selalu tu bila duduk sahaja ada je idea datang mencurah-curah cam hujan lebat. Malam ni tak ada pula..

Sambil-sambil mencari idea entah camne ternukil satu benda simple. Dengan harapan idea untuk buat logo datanglah..

Moga anda semua yang sedang melakukan tugasan moga dipermudahkan segalanya dan teruskan usaha gigih. Selamat bertugas.

Leave a comment »

5 Cara Untuk Meriahkan Audiens Anda

Sedikit idea dan sedikit ilmu dari pembacaan yang ingin saya kongsikan bersama anda semua mengenai cara untuk kita menarik perhatian penonton di hadapan kita sewaktu kita bercakap.

Pernah tak anda tertidur apabila mendengar ceramah mahupun ucapan daripada seseorang di dalam sesuatu majlis? Kepala anda mula mengangguk apabila anda mendengar ucapan yang membosankan, dan kiranya anda diberikan pilihan untuk pulang atau diberi bantal, anda akan memilih semua itu daripada terus mendengar.  Pernahkah anda berkelana semasa sesuatu persembahan berlangsung? Walaupun anda cuba sedaya mampu untuk mendengar dengan teliti, melihat dengan penuh minat, namun rasa bosan itu lebih menghantui anda.

Sudah tentu hal tersbut pernah terjadi pada diri kita semua bukan? Kadang-kadang kita cuba untuk tidak mengaku bahawa kita bosan mendengar ucapan orang tersebut apabila dia bertanyakan tentang ucapannya tadi. Namun, jangan biarkan hal itu terjadi pada anda ketika anda pula mengambil alih sebagai pembicara. Kunci untuk menjaga audiens anda daripada  keluar mengelamun dan berasa bosan mendengar ucapan anda adalah bergantung sepenuhnya pada diri kita bagaimana mahu menarik perhatian audiens untuk terus mendengar sehingga selesai. Kajian menunjukkan bahawa semakin anda melibatkan audiens anda, semakin mereka memberikan sepenuh tumpuan. Mengapa? Kerana mereka dihargai sebagai pendengar.

Anda boleh melibatkan audiens anda dalam beberapa cara, dan saya telah membuat senarai 5  cara untuk menarik perhatian audiens di bawah ini. 5 cara ini hanya sekadar cadangan sahaja dari saya, jika anda merasa tidak selesa, atau anda dilihat seperti tidak menarik , jangan menggunakannya. Takut-takut penonton akan mengatakan anda sebagai orang gila pula.haha..

1. Tanya soalan.
Soalan yang ditanya akan membuatkan penonton anda untuk mencuba memikirkan jawapan. Apabila soalan itu ditanya kepada orang pertama, maka secara tidak langsung penonton lain juga akan cuba bersiap sedia untuk mencari apakah jawapan yang terbaik. Penyertaan penonton dalam ucapan anda bukan sahaja menambahbaikkan infi dan maklumat atau point-point ucapan anda, malah ianya akan memberi peluang penonton untuk memberikan juga ulasan, komentar, jawapan yang bernas untuk penambahan maklumat kepada penonton lain juga. Jangan bimbang tentang kehilangan kawalan dari audiens anda. Saya secara peribadi lebih suka bertanya seperti “Berapa banyak pandangan anda tentang ..,.” Dan kemudian saya menunding jari kepada seseorang untuk menjawabnya. Anda juga perlu memberikan sedikit ruang kepada penonton untuk memikirkan apakah jawapannya. Jawapan yang bernas perlukan sedikit masa untuk berfikir.

2. Jangan selesai perkataan akhir anda.
Contohnya, jika anda berkata kepada audiens, “Kita bako je yop …”dan anda tidak menyelesaikan perkataan tersebut, apa yang anda fikir apakah yang mereka akan katakan? Apabila mereka sinonim dengan perkataan yang kita ucapkan itu, mereka akan mula meneka dan secara sepontan mereka akan kata “owh hantu kak limah”. Ia akan membuatkan audiens secara tidak langsung terlibat sama dalam ucapan kita tadi. Anda boleh kaitkan pelbagai bentuk istilah, kata-kata, ayat-ayat daripada mana-mana filem mahupun cerita yang hangat masa kini diperkatakan oleh masyarakat. Audiens akan memberikan respon tentang apa yang anda bicarakan tersebut.

3. Ajak audiens tarik nafas sama-sama.
Ini pun secara peribadi saya suka lakukannya sewaktu memberikan ucapan. Apabila anda sudah mula melihat audiens anda sudah lesu dan bosan mendengar ucapan anda, mintalah ajaklah audiens anda untuk tarik dan hembus nafas sama-sama. Aktiviti ini akan membuatkan diri kita dan audiens kita lebih bersemangat lagi bagi meneruskan majlis tersebut dengan baik. Tarik dan hembus nafas lakukannya sebanyak tiga kali. Dan untuk hembusan terakhir, anda boleh suruh audiens anda jerit sekuat mampu melepaskan laungan “Haaaaaaah!!”. Suruh mereka gemakan dewan tersebut dengan laungan tersebut. Percayalah, ianya akan memberikan impak yang lebih semangat lagi kepada semua.

4. Lakukan sedikit game.
Anda boleh lakukan sedikit ‘iklan’ atau game ditengah-tengah ucapan anda berlangsung. Anda boleh bahagikan audiens kepada beberapa kumpulan kecil yang sesuai mengikut keadaan majlis anda tersebut. Bagi membahagikan penonton kepada kumpulan-kumpulan, anda pun boleh lakukannya dalam bentuk game. Contohnya, pecahkan kumpulan-kumpulan mengikut bulan lahir yang sama, atau pun saiz kasut yang sama, atau pun nama tempat asal yang sama, negeri, atau sebagainya. Ikut pada kreativiti anda. Lalu selesai pembahagian kumpulan, anda bolehlah buat sedikit pertandingan kecil, seperti semua kumpulan perlu bincang dan bina sedikit ayat trademark kumpulan serta gayakannya. Mana-mana kumpulan yang difikirkan hebat persembahannya, maka kumpulan tersebut adalah kumpulan yang sempoi. Game ini anda boleh fikirkan mengikut daya fikiran kreatif anda. Cubalah yang menarik, anda mampu lakukannya dengan baik.

5.Berikan audiens anda sedikit penghargaan atau cenderamata
Sudah menjadi naluri manusia mahukan ganjaran. Tidak salah untuk anda berikan sedikit ganjaran kepada audiens seerti gula-gula, keychain yang special atau sebagainya mengikut kemampuan anda. Ia membuatkan audiens ternanti-nanti untuk memilikinya dan menyertai anda. Seperti contoh, anda boleh ajukan soalan, dan audiens memberikan respon jawapan secara sepontan lalu anda boleh panggil mereka naik ke pentas bagi menerima sedikit ganjaran daripada anda. Pemberian ganjaran atau cenderamata ini merupakan satu penghargaan kepada mereka yang dapat memberikan fokus dan tumpuan kepada ucapan anda. Ini membuatkan audiens yang lain juga turut sama untuk memberikan tumpuan kepada ucapan anda seterusnya.

Ada banyak cara lain lagi dan teknik untuk mendapatkan audiens anda terlibat sama dalam ucapan anda. Yang paling penting adalah gaya anda sebagai seorang tokoh berucap dan penceramah yang berbeza dengan orang lain. Fikirkanlah apa bentuk yang menarik dan yang beza bagi menarik minat audiens mendengar ucapan anda. Audiens anda akan ucapkan kepada anda terima kasih. Fikirkan.

Leave a comment »

Aidilfitri 2009/2010

Kami KIDR

Salam Aidilfitri..

Puasa dan raya aku di Jordan ini merupakan kali ketiga. Puasa di sini bagiku tidak semeriah seperti di negara arab yang lain. Di Mesir meriah, di Mekah Madinah usah di kata, Syria juga meriah. Mungkin suasana di Mu’tah sahaja begitu aku rasa. Mungkin di Amman, Irbid meriah aku rasa. Tapi di Mafraq sepanjang aku ziarah kawan-kawan di sana, malamnya meriah.

Tahun ni ramai pelajar baru sambung ke Jordan. Di jangka Irbid sahaja seramai 200 orang, manakala di Mafraq 70 orang dan di Mu’tah seramai 100 orang. Pelajar-pelajar baru yang sambung ke sini aku ucapkan Ahlan wa Sahlan. Moga kalian tabah dan berjaya dalam bidang pelajaran masing-masing.

Tahun ni di sebabkan ramai kawan-kawan yang pulang ke Malaysia untuk bercuti puasa  dan raya bersama keluarga, jadi kami yang tinggal ni la temankan adik-adik, dan kawan-kawan yang baru ni. Kita beraya bersama.

Raya di sini tidaklah semeriah raya di Malaysia. Tiada lemang, tiada ketupat, jauh dari keluarga, tradisi duit raya juga tiada. Raya dengan arab di sini cukup simple. Selesai sahaja solat sunat raya, mereka akan pulang  ke rumah masing-masing cuti seperti kebiasaan. Kedai-kedai akan lengang.

Sekiranya ada tamu yang datang, mereka akan hidangkan tetamu dengan syai (teh), kemudian gahwah arobi (kopi arab), dan halawiat (manisan). Baju raya mereka tak ada. Mereka pakai ala-ala eropah. Dengan bergaya kasut hitam kilat, kot, bertali leher, berkaca mata hitam, telefon bimbit di tangan bersama rokok itu menjadi kemestian. Hanya golongan tua sahaja memakai jubah, igal dan juga kot. Anda boleh bayang tak bagaimana keadaannya?huhu..

~selamat hari raya buat keluarga dan sanak-saudara nun di tanah air, guru-guru, kawan-kawan..Maaf zahir batin. Doakan kejayaan yang cemerlang untuk ku di sini, amenn~

1 Comment »

Ucapan Raya Dari Saya !

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Di kesempatan ini, selamat bercuti untuk hari raya, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Dengan ingatan tulus ikhlas, Maaf Zahir & Batin!

Raya tahun ini aku dan kawan-kawan menyambut di Jordan je. Masuk ni dah 2kali la kami beraya Aidilfitri di sini. Ha untuk pengetahuan korang semua, kami di sini Jordan malam ni dah malam raya. Kiranya esok kami solat sunat raya la.ho3..Aku pun dapat tau dari kawan aku di Ukrein, esok dorang pun raya juga. Aku rasa kawan-kawan di Mesir pun raya juga esok.
Hari raya kali ini amat special bagi aku  oleh kerana dapat menyambut dengan baju baru.ha3… Semoga raya ini juga adalah hari yang special bagi anda seisi keluarga sahabat handai !

Owh ye, aku dah janji pada korang apa warna baju raya aku tahun ni kan? Ha de di bawah ni picture baju raya aku. Korang leh lah lihat sendiri. Pada sesiapa yang serupa kaler dengan baju raya aku tahun ni, sila la send picture korang dengan melaram baju raya kaler ni send ke email aku di shinja_takeda@yahoo.com. Aku akan siarkan di blog aku. Ha ok tak?hi3..

Terima kasih kepada saudara Adam yang sekarang ni di Malaysia. Sempat je dia ye bagi kad raya pada kami di sini. Rajin dia tulis kad raya. Kawan-kawan di Jordan, khususnya di Mu’tah menucapkan selamat hari raya AidilFitri, maaf zahur & batin (ceh seolah-olah aku ni wakil pada semua kawan-kawan di sini la.ho3..)

Berhati-hati di jalan raya, dan bila makan lemang dan ketupat rendang tu, ingat-intgatlah aku di sini. Terutama sekiranya makan  Almond London & Kuih siput, (favourite aku tu!)

Sekali lagi, salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah dan silap dalam perkenalan kita.

Wassalam,

2 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span