Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Teruskan Memimpin

AGM PERMATA 0809-1 (53)

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA 0809 dan telah bertukar tangan dari tampuk pimpinan yang lama kepada yang baru. Tahniah kepada mereka yang telah menjadi pimpinan PERMATA yang baru ini. Sekalung tahniah juga kepada Saudara Amiruddin dan Saudari Basyirah, menjadi harapan dan kepercayaan ahli-ahli PERMATA memilih kalian bagi meneruskan matlamat serta menerajui PERMATA. Tahniah juga kepada AJK-AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program tahunan ini. Diharap semua ahli PERMATA dapat menerima dan akur segala corak yang akan dibawa oleh pimpinan baru ini dan apa-apa usul serta cadangan yang telah dibahas dalam mesyuarat agung tahunan ini.

Dalam sesi ucapan sulung Tuan Presiden PERMATA 0910 pada majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung di Solah Abasi, Universiti Mu’tah, beliau ada menyatakan bahawa selepas ini segala bentuk kumpulan yang wujud semasa waktu kempen pilihanraya PERMATA baru-baru ini sama ada GA mahupun FOSU dihapuskan serta-merta. Bagi tidak berlakunya  persengketaan di mana-mana pihak. Aku juga masih ingat dalam ucapan beliau mengatakan bahawa semua ahli PERMATA perlu menjaga aset penting PERMATA ini, aset yang dimaksudkan beliau adalah ukhuwwah. Memang diakui ahli-ahli PERMATA ini masih kekal dengan ukhuwwahnya. Ukhuwwah sesama kami terjalin dengan kekuatan dari pimpinan PERMATA juga. Syabas!!

Selaku aku sebagai salah seorang ahli PERMATA, aku mengucapkan tahniah kepada pimpinan-pimpinan PERMATA 0809 yang telah berjaya membawa kepada beberapa kejayaan dan mengekalkan status Mu’tah ini sebagai ‘kampung ukhuwwah’ dibawah pimpinan Mantan Presiden PERMATA 0809 iaitu Saudara Syaheed.

Advertisements
Leave a comment »

International Exhibitions’09 di Universiti Mu’tah

Syukur Alhamdulillah selesai sudah satu program di peringkat Universiti Mu’tah yang merupakan satu program tahunan yang melibatkan pelajar-pelajar luar negara yang belajar di Universiti Mu’tah mengambil bahagian dalam mempamerkan kebudayaan & kesenian negara masing-masing.

hari pertama majlis perasmian delegasi setiap kedutaan negara & delegasi universiti Mu'tah barisan ajk yang menjayakan ma'rad thaqofi'09

Bermula pada 11hb Mei 2009 sehingga 13hb Mei 2009, program ini berjalan dengan jayanya. Sebanyak 8 buah negara yang mengambil bahagian iaitu Saudi, Indonesia, Malaysia, Thailand, Palestin, Bahrain, Yaman, dan Oman. PERMATA mewakili Malaysia bagi menjayakan program di Universiti Mu’tah ini. Pameran sedemikian ini juga ada dijalankan di unversiti-universiti Jordan yang lain. Seperti di Universiti Yarmouk, Irbid , PERMAI menjadi wakil Malaysia. Di al-Bayt, Mafraq, PRISMA menjadi wakilnya. Universiti di Amman,PPMAJ menjadi wakilnya. Tahniah buat pengarah setiap wakil mantiqah dalam menjayakan ma’rad thaqafi pada kali ini.

Ma’rad thaqafi di Mu’tah pada tahun ini bertemakan kepada “Citrawana Malaysia , Negaraku Berdaulat”. Sedikit kelainan ma’rad thaqafi pada kali ini:-

  • Pertunjukan pentas di Dewan Masrah, Universiti Mu’tah. Iraq, Indonesia dan Malaysia mengambil bahagian dalam pertunjukan pentas ini yang dijalankan pada hari pertama program. Aku amat tertarik dengan pertunjukan dari Indonesia yang datang khas dari pelajar-pelajar sekolah antarabangsa mereka. Warna-warni dan kreatif. Kemahiran pelajar kita dalam silat mewakili Malaysia dalam pertunjukan pentas ini.
  • Walaupun peruntukan dari MSD dalam menjayakan gerai pameran Malaysia kali ini, namun PERMATA dapat melakukan dengan baik. Syabas!!
  • Upacara potong kek dan paluan gong sebagai majlis perasmian pembukaan TYT Dato’ Duta Malaysia dan Presiden Universiti Mutah bagi merasmikan gerai pameran Malaysia. Tahun sudah, untuk perasmian gerai Malaysia adalah pecah ais.
  • Beberapa demo yang diadakan di gerai pameran Malaysia kali ini bagi menarik pengunjung, seperti demo permainan tradisional mengikut adat (Congkak dan Sepak raga), demo pencak silat oleh KSSM, demo menganyam ketupat.
  • Di hari akhir ma’rad, PERMATA telah mengadakan pameran 17 jenis makanan Malaysia kepada pengunjung. Semuanya hasil idea dari pengarah ma’arad selaku presiden PERMATA sendiri. Dan semuanya hasil masakan dari ajk ma’rad bagi menambahkan lagi kemeriahan ma’rad kali ini. Syabas!!
  • Mempamerkan produk-produk makanan Malaysia. Walaupun rata-ratanya dahexpired date ;P

Diharapkan ma’rad thaqafi akan datang dapat dicorakkan dengan lebih hebat berbanding tahun ini dan tahun sebelum-sebelum ini. Sedikit pandangan dan nasihat aku untuk akan datang.

  • Sayangi aset-aset pameran yang lepas-lepas. Banyak aset-aset yang kita buat untuk ma’rad tidak dijaga dengan baik. Sekarang PERMATA ada wismanya sendiri dan ada bilik khas maka bolehlah dikemaseliakan bilik tersebut menjadi bilik simpan aset ma’rad dan dijaga dengan baik. Apabila tiba ma’rad akan datang, buat aset baru yang lebih segar dan kumpul. Maka tahun-tahun yang akan datang tu, bahan pameran jadi banyak. Ha nanti jangan la sibuk kata yang pihak MSD, kedutaan tak bagi sumbang bahan pameran.
  • Kepada sesiapa yang balik Malaysia tu, agak molek juga kiranya beli atau bawa bahan-bahan yang boleh dijadikan bahan pameran untuk ma’rad akan datang. Jadikan bahan individu, apabila ma’rad pinjamkan pada PERMATA. Tapi pihak pelaksana ma’rad kena jaga sungguh-sungguh la barang tersebut bila dipinjamgunakan. Bahan tu bukan senang untuk dapatkan. Nilainya amat berharga.
  • Kebiasaannya ma’rad thaqafi ini akan berlangsung pada fasal thani (sem kedua). Jadi, sekiranya pihak biro kebudayaan, kesenian dan sukan PERMATA mahupun MPPM sendiri dapat mengadakan program berunsur pertandingan kesenian. Contonya diadakan pertanding reka cipta replika rumah tradisional, masjid-masjid di Malaysia dan sebaginya. Boleh juga diadakan pertandingan gubah hantaran kahwen. Pertandingan melukis poster-poster menunjukkan kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia ke, ataupun diadakan pertandingan menjahit baju tradisional Malaysia. Jadi bahan-bahan pertandingan ini boleh dijadikan aset bahan untuk dipamerkan apabila ma’rad thaqafi nanti. Contoh lain pertandingan yang dapat aku fikir sekarang ni adalah anyam tikar, dan canting batik.

replika rumah dalam proses kerjasama antara ajk depan gerai pameran Malaysia persiapan

Sebenarnya bila kita di luar negara inilah membuatkan kita baru terfikir, baru kagum dengan tanah air kita. Sedang kita dulu di Malaysia tidak pernah terfikir untuk menghargai warisan Malaysia yang kaya dan penuh warna-warni ini. Oh tanah airku, Malaysia..

p/s: boleh lihat gambar lain di sini

Leave a comment »

Aku & mereka

perbincangan antara 2 buah negara perasmian KOMIS 6

19hb Nov 2008 (Rabu) :-

Selama seminggu program ini ditangguh sendiri oleh pihak jameah, alhamdulilah  berlangsung juga akhirnya dengan jaya. Syabas Tuan Pengarah program ni, Syafiq Shafie (Ketua Biro Akademik PERMATA sesi 0809). Bertempat di Dewan Masrah, Jameah Mu’tah.KOMIS kali ke-6 atau nama panjangnya Konvensyen Mahasiswa Islam. Perasmian KOMIS yang berlangsung pada jam 11tengahari (waktu Jordan), yang dihadiri oleh Rais Jameah (Presiden Universiti Mu’tah), Prof. Dr  Sulaiman Arabiat, doctor-doktor jameah fakulti Syariah, Ustaz. Sulaiman (Pengarah MSD) & Ust. Arman, pelajar-pelajar Jordan & Malaysia.

Perasmian KOMIS ini dirasmikan sendiri oleh Rais Jameah.

Aktiviti yang berlangsung pada hari pertama KOMIS ini adalah bertukar-tukar ilmu serta perbualan mengenai adat, resam, & thaqafah 2 buah negara iaitu antara Jordan & Malaysia. Sungguh unik idea ni. Perasmian  ini telah membuka sedikit pandangan fikiran sesetangah Arab Jordan ini mengenai Malaysia bahawa Malaysia bukan lah sebuah negara yang masih lagi ‘kuno’, ‘bercawat’, ‘duduk di hutan’ dan ‘ali baba’. Malaysia merupakan sebuah Negara yang majarotinya adalah Islam ini adalah  Negara yang maju. Aku bangga menjadi anak Malaysia. Penuh dengan warna-warni, berbilang kaum, pelbagai adat resam, hijau, gah dengan bangunan-bangunan yang hebat.

Aku kagum dengan nasyid yang dibawa oleh nasyid Malaysia ini, sungguh unik. Aku kagum. Suara korang memang best, sampaikan Doktor Jabatan Syariah pun kagum.

Ia juga membincangkan  tentang masalah pelajar-pelajar Malaysia dalam menguasai bahasa Arab dalam pembelajaran mereka.

 

 

20hb Nov 2008 (Khamis) :-

Aku, Lutfi, Muhaimin, Fikri & Faiz. Kami berlima terus gerak ke aMman lepas habis kelas. Aku bagi point je la eh cite ni;-

  • 1> Sewa kereta dengan harga JD45 untuk 2 hari – Keta sewa yang kami dapat ni lampu belakangnya tak menyala – Leh pula arab tu suh kami betulkan lampu belakang tu sendiri, padahal keta tu dia punya – Kami bising – baru dia gerak pergi baiki.hahaha
  • 2> Kami makan malam di Restoren Qusd – 1st time aku makan kepala kambing, faiz ajar.
  • 3> Balik je ke Mu’tah, singgah ke masjid solat jamak takhir – habis solat je tengok-tengok kasut aku hilang – anjing sungguh si anjing tu, ia ambil dengan selambur je
  • 4> Kereta jem

Aku malas menulis. So aku just buat point je untuk peristiwa pelik ni.

 
pembentangan usul untuk dijadikan resolusi KOMIS kali ke6 persidangan bermula
21hb Nov 2008 (Jumaat) :-

KOMIS ke-6, hari ke-2.

– Pebentangan kertas kerja dari Ust. Fakrurazi, tentang Mahasiswa muslim mujadid zaman kini.

– Pebentangan Usul bagi setiap tahun – hangat masing-masing membahaskan usul – terdiri dari tahun 1 hingga tahun akhir.

 

Prog KUJ, Tautan Mahabbah

22hb Nov 2008 (Sabtu) :-

Program Tautan Mahabbah Kelab UMNO Jordan (KUJ) yang berlangsung di Mukhtar Mall. Start program jam 11tengahri. Terlibat staf-staf Kedutaan, MSD, & ahli-ahli KUJ serta bukan ahli dari setiap mantiqah.

Maaf atas kelewatan pihak ajk kami kerana beberapa masalah yang tak dapat kami elakkan, seperti drver arab yang bawa van ni tak tahu jalan, gerak dari Mu’tah agak lewat, kesesakan lalu lintas di jalan raya kerana hari minggu. Maaf kami pohon.

Tahniah kepada pemenang yang telah menjayakan program ini dengan baik. Tahniah!!

6 Comments »

“eh jom berbuka di sana nak?”…

 

  

Hari ni kami seluruh student2 Mu’tah Malaysia di jemput untuk berbuka di rumah Sheikh Ali seorang bekas pendaftar kuliah syariah Universiti Mu’tah. Rumahnya di Mazar. Kami kena berkumpul di Masjid Husen. De setengah group kami dah bertolak lebih awal. De yg segroup lain termasuk aku di dalamnya g lambat. Jam di tangan dh lagi sikit je nk berbuka. Entah camne kn, de la jgk orang arab dr kalangan keluarga Sheikh Ali juga kot.hi3..
Sampai je di Masjid salah sebuah masjid di Mazar yg berhampiran dgn rumah Sheikh Ali, kami di tempatkn di situ untuk berbuka bersama-sama terlebih dahulu dgn kurma. Ha dalam perjalanan ke Masjid tersebut dah pun azan, tanda telah masuknya waktu berbuka. Dah lah 2 buah kereta je yang ambil kami tadi, sedangkan group kami tadi ramai juga. Ha kena lah berhimpit-himpit.ha3..Ha siapa tadi dok belakang jip dgn aku tadi.ha3…
Sampai je di masjid, rupa-rupanya bukan je kami budak Melayu je, malah di jemput juga budak-budak Filipina, student di Universiti Mu’tah sama dengan kami. Kami berbuka dgn kurma, air masak, de juga laban masam..ha3..aku tak minum pun laban masam tu, tak leh bla.ha3..De juga senior-senior yang ranjau budak-budak baru untuk minum. Peh serius aku katakn memang masam siot.ha3…Selesai berbuka dengan kurma, kami solat maghrib bersama.
Kemudian, kami di jemput ke rumah Sheikh Ali pula. Ha di hidangnya kabsah. 1 talam 4 orang. Biasalah stail arab, dia akan layan tetamu dengan hidangan yang banyak. Serius aku katakan, dalam 4 orang tu pun tak lalu nak habis. Nasi kabsah yang mana ayam dicampurkan bersama kacang yang telah digoreng dan dimasak dengan minyak lemak kambing.
Ramai yang tak lalu nak habis. Isyh nak habis konon, arab pun makan tak habis.ha3.. Balik-balik je Sheikh Ali sediakan plastik untuk kami bawa bungkus nasi-nasi & ayam-ayam yang tak habis. Tapi aku lihat, budak-budak kita just kutip ayam je banyak dari nasi.ha3..Memang nakal ye korang.
Terima kasih kami ucapkan kepada Sheikh Ali kerana menjemput kami student luar Jordan ni untuk berbuka puasa di rumahnya. Moga dimurajkan rezki baginya. Amenn..

Leave a comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span